BINTANG Tottenham Hotspur dan kapten pasukan kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min, akhirnya menjernihkan situasi mengenai pertelingkahan ketika saingan Piala Asia antara dia dan pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in malah menyeru peminat untuk menerima bahawa pemain muda itu telah meminta maaf dan memaafkannya.
“Helo, ini Son Heung-min,” tulis Son dalam catatan di akaun Instagram peribadinya.
“Saya akan bercakap tentang sesuatu yang berat dan sukar hari ini. Kang-in dengan ikhlas mengimbas semula kelakuannya dan memohon maaf kepada setiap ahli pasukan kebangsaan, termasuk saya.
“Saya juga melakukan banyak kesilapan ketika masih muda dan mempamerkan tingkah laku buruk, dan saya fikir berada di tempat saya sekarang berkat nasihat dan bimbingan keras pemain senior yang baik.
“Sebagai ahli pasukan kebangsaan dan juga sebagai kapten, kami semua akan sentiasa membantu (Lee), supaya dia tidak melakukan kesalahan seperti ini lagi dan menjadi orang dan pemain yang lebih baik.
“Saya juga tidak fikir tindakan saya itu betul, dan saya patut dikritik kerana itu tetapi oleh kerana saya fikir melakukan sesuatu yang tidak diingini adalah salah satu tugas kapten, saya juga akan mengambil tindakan untuk pasukan walaupun ia bermakna saya menghadapi situasi (semacam) itu.
“Tetapi saya akan berusaha untuk memimpin pasukan dengan lebih bijak mulai sekarang.
“Kang-in melewati masa yang sukar sejak kejadian itu. Saya memohon supaya semua memaafkan dia sekali dengan hati yang murah hati. Saya mohon kepada anda sebagai kapten pasukan kebangsaan.”
Kedua-dua pemain itu terlibat dalam pertengkaran di Piala Asia selepas Kang-in dan sekumpulan pemain muda meninggalkan makan malam untuk pergi bermain ping pong. Heung-min meminta mereka kembali ke majlis makan malam pasukan dan kejadian itu dilaporkan bertukar menjadi lebih serius.
Sejak laporan mengenai insiden itu mula-mula didedahkan minggu lalu, Kang-in telah berdepan dengan kritikan kuat daripada kalangan peminat, terdapat protes terhadap pemain tersebut dan juga gesaan untuk memboikot jenama yang mempunyai perjanjian penajaan dengannya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed Feb 21 2024

Kedua-dua pemain itu terlibat dalam pertengkaran di Piala Asia selepas Kang-in (kanan) dan sekumpulan pemain muda meninggalkan makan malam untuk pergi bermain ping pong. - Foto Stadium Astro
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.

EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Pemain Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, dihukum tujuh perlawanan oleh FA England akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya Son Heung-min.

Bapa, abang Son Heung-min didenda dera kanak-kanak di akademi bola sepak
Bapa dan abang penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.

Kelayakan Piala Dunia: Son Heung-min santai ledak dua gol ke atas Singapura
Son Heung-min muncul wira Korea apabila menghancurkan Singapura dengan keputusan akhir 7-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Media Thailand luah kekecewaan Republik Korea senaraikan Heung-min, Lee Kang-in
Akhbar Thailand lahirkan rasa kecewa apabila Republik Korea senaraikan Son Heung-min dan Lee Kang-in dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Heung-min akhirnya bersuara, minta peminat maafkan Kang-in
Kapten pasukan kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min, akhirnya menjernihkan situasi mengenai pertelingkahan ketika saingan Piala Asia.

EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.

Piala Asia: "Misi saya untuk bagi kemenangan, bukan balas dendam" - Son Heung-min
Son Heung-min menegaskan keazamannya untuk mengalahkan Australia didorong keinginan untuk menjulang Piala Asia AFC Qatar 2023.

Piala Asia: 'Korea Selatan benam Australia bukan balas dendam' - Son
Son dan skuad Taegeuk Warriors gagal bergelar juara kali ketiga selepas tewas di tangan Australia dengan jumlah gol yang sama pada perlawanan akhir edisi 2015 di Sydney.

Piala Asia: Arif Aiman diletakkan sebaris dengan Son Heung-min
Korea Selatan sedang mengejar gelaran juara Asia kali ketiga, namun mereka perlu hadapi saingan sukar kumpulan E.