JUPP Heynckes menegaskan dia tidak akan melatih mana-mana pasukan pada musim depan ketika bos Bayern Munich itu bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada juara Jerman.
Heynckes akan digantikan oleh jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, dalam 2018-19, selepas kembali ke gergasi Bundesliga pada Oktober bagi mengambil alih tugas daripada Carlo Ancelotti yang dipecat.
Jurulatih berusia 72 tahun itu, yang membimbing Bayern untuk kejuaraan 'treble' dalam tempoh ketiganya di kelab itu pada 2013, telah menikmati lebih banyak kejayaan kali ini -- memimpin skuad Bavaria untuk mahkota Bundesliga buat kali keenam berturut-turut.
Heynckes juga memastikan laluan Bayern ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, yang berakhir dengan kekalahan di tangan Real Madrid awal pagi tadi, tetapi jurulatih veteran kelahiran Jerman itu mengulangi rancangan persaraannya.
"Saya tidak akan kembali ke bangku simpanan," kata Heynckes selepas Bayern seri 2-2 untuk tewas agregat 4-3 menentang Madrid di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
"Tidak ramai yang masuk ke pengembaraan ini pada usia 72. Saya tidak mempunyai emosi mengenainya."
Selepas ketinggalan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, Bayern mengimbangi kedudukan dalam tempoh tiga minit hasil jaringan Joshua Kimmich.
Bagaimanapun, penyerang, Karim Benzema, membunuh harapan Bayern apabila menjaringkan dua gol, sebelum James Rodriguez merapatkan jurang agregat kepada 4-3.
"Sekiranya kamu melihat kedua-dua perlawanan, kami adalah pasukan yang lebih baik, tetapi sayangnya, kami gagal mara ke perlawanan akhir. Ia sangat mengecewakan untuk saya dan pemain saya," kata Heynckes.
"Ia adalah satu perlawanan yang baik. Madrid boleh mengucapkan terima kasih kepada (Keyalk penjaga gol) Navas yang memberikan prestasi hebat dan menafikan peluang baik kami pada hujung perlawanan."
Astro Arena
Wed May 02 2018

Heynckes memastikan laluan Bayern ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, yang berakhir dengan kekalahan di tangan Real Madrid awal pagi tadi, tetapi tetap mengulangi rancangan persaraannya. - Foto Astro ARENA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

EURO 2024: 'Ronaldo hanya layak berada di bangku simpanan'
CRISTIANO Ronaldo tidak sepatutnya bermain untuk Portugal pada Euro 2024 dan penampilannya di atas padang mungkin akan menghalang pasukan itu memenangi kejohanan tersebut.

Piala Dunia Qatar: Tiada siapa suka berada di bangku simpanan - Bruno Fernandes
Bagaimanapun, Fernandes menolak idea bahawa Portugal telah menang kerana Ronaldo diketepikan daripada pasukan.

Ramos percaya bermain 'empat atau lima tahun' lagi
Ramos berhijrah ke PSG Julai lalu, tetapi masih belum membuat penampilan buat skuad kendalian Mauricio Pochettino.

Mula di bangku simpanan cetus spekulasi masa depan Cristiano Ronaldo
Buat pertama kali sejak berkelana ke Itali, Ronaldo memulakan dua perlawanan berturut-turut dari bangku simpanan.

Grealish bakal debut bersama City di Wembley
Perancang berusia 25 tahun itu banyak turun sebagai pemain gantian ketika mewakili England dalam Euro 2020.

Dembele, Joao Felix terlepas aksi akibat COVID-19
Pasukan itu menjalani ujian PCR seperti yang disarankan LaLiga sebagai tambahan kepada ujian antigen mingguan.

Tottenham hilang khidmat Vertonghen
Pertahanan itu menyertai Dele Alli dan Christian Eriksen di bangku simpanan ketika dikeluarkan padang ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town pada penghujung bulan lalu.

Neymar bersama skuad berdepan Croatia
Dia terpaksa diketepikan sejak Februari lalu selepas ditimpa kecederaan dan telah melalui proses pembedahan.

Heynckes tetap dengan rancangan persaraannya
Heynckes akan digantikan oleh jurulatih Eintracht Frankfurt, Niko Kovac, dalam 2018-19, selepas kembali ke gergasi Bundesliga pada Oktober bagi mengambil alih tugas daripada Carlo Ancelotti.

Bila gagal, saya jadi berang - Morata mohon maaf
Morata dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 19 minit untuk membuka peluang kepada Eden Hazard yang pada awalnya direhatkan bagi menghadapi Southampton dalam separuh akhir Piala FA, Isnin ini.