KUALA LUMPUR: Perenang meningkat naik negara, Khiew Hoe Yean nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter (m) rampaian individu (IM) di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Pemenang pingat emas Sukan SEA edisi lepas itu unggul merekodkan 2 minit 03.77 saat (s) untuk memadamkan rekod Lim Ching Hwang yang kini mewakili Singapura iaitu 2:03.86s yang dibuat pada Kejohanan Bahamas 2016.
Beliau bagaimanapun sekadar meraih pingat gangsa selepas atlet Taiwan Wang Hsing Hao mengungguli acara itu dengan catatan 2:01.50s, diikuti Wantenaar Ronan Zuberg dari Nambia yang merekodkan 2:03.64s.
Hoe Yean melahirkan rasa gembira apabila mampu membuat persembahan terbaik di laman sendiri dan berazam untuk memecahkan rekod atau memperbaiki catatan masa pada kejohanan seterusnya.
"Saya memang tidak sangka mampu memecahkan rekod kerana saya hanya berada di sini untuk buat yang terbaik. Pada mulanya memang tidak perasan namun orang ramai yang memberitahu perkara itu (rekod kebangsaan).
"Bagus sebab ia rekod baharu kebangsaan dan standard baharu, saya berharap selepas ini saya boleh mencatatkan catatan masa yang lebih baik kerana hanya terdapat perbezaan beberapa saat. Namun, setakat ini semuanya berjalan lancar dan harap dapat teruskan rentak ini untuk esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut berjaya merangkul pingat emas menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki bersama Muhammad Dhuha Zulfikry, Muhammad Farhan Andi Maroef dan Jayden Tan, manakala sekadar meraih tempat keempat bagi acara 100m gaya bebas lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Hoe Yean berazam untuk memecahkan rekod atau memperbaiki catatan masa pada kejohanan seterusnya. - Gambar fail/Bernama

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Renang Piala Dunia: Dua rekod kebangsaan diperbaharui
Saingan yang berlangsung bermula semalam menyaksikan dua rekod kebangsaan jarak pendek telah diperbaharui.

Hoe Yean mahu pecah rekod kebangsaan di Olimpik Paris
Perenang negara Khiew Hoe Yean menyasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan Akuatik Dunia Doha: Hoe Yean gagal ke final
Hoe Yean menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang.

Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean
Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean sasar untuk beraksi sekurang-kurangnya pada saingan akhir Sukan Asia sulungnya di Hangzhou.

Sukan SEA: Hoe Yean terlepas peluang rangkul emas kedua
Hoe Yean perlu berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa tiga minit 50.39 saat di belakang perenang Vietnam, Nguyen Huy Hoang.

Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara
Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).

Sukan Komanwel: 'Saya tidak biasa dengan keadaan ini' - Hoe Yen
Atlet berusia 19 tahun itu juga kecewa kerana gagal memperbaharui rekod kebangsaan 3:48.72s.

Sukan SEA: Hoe Yean hadiahkan dua perak, hampir raih emas
Skuad renang kebangsaan akhirnya berjaya menuai pingat pada temasya Sukan SEA ke-31.

Hoe Yean tewaskan Welson, layak secara merit ke Hanoi
Hoe Yean mengesahkan slot ke Vietnam selepas mencatat masa 3:50:56s, mengatasi catatan 3:52.65s ditetapkan Persatuan Renang Malaysia.

Terbuka Malaysia ke-63: Satu lagi rekod dipecahkan Hoe Yean
Peserta tunggal itu mencatatkan masa lapan minit dan 06.00 saat untuk memadamkan rekod wakil Olimpik negara Welson Sim pada Februari 2019.