KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki negara menamatkan saingan terakhir peringkat Kumpulan B Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman di kedudukan teratas selepas menewaskan tuan rumah 1-0, awal pagi tadi.
Pada aksi berlangsung di Kompleks Belia Sultan Qaboos itu, jaringan tunggal hasil pukulan sudut penalti Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-48 muncul penyelamat bagi memastikan skuad negara terus mempertahankan rekod tanpa kalah di kejohanan itu.
Skuad muda negara sebelum ini menyingkap kempen kejohanan dengan bergaya selepas menewaskan Uzbekistan 8-1 diikuti menundukkan Bangladesh 5-1.
Skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim bagaimanapun telah menempah tiket separuh akhir apabila menewaskan Korea Selatan 3-1 pada aksi ketiga kumpulan, Ahad lepas dan dijadual membuat perhitungan menentang Pakistan di separuh akhir esok.
Sementara itu, Muhamad Amin berkata kemenangan tipis dicatat anak buahnya pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Oman, bukan sesuatu yang diinginkan selepas cemerlang meraih kemenangan bergaya dalam tiga perlawanan sebelum ini.
"Saya tidak berpuas hati dengan persembahan pemain apabila melepaskan beberapa peluang jaringan padang dan pukulan sudut penalti. Nampak pemain agak sambil lewa dan jika ia berterusan kita akan menghadapi masalah dalam menghadapi perlawanan separuh akhir nanti.
"Jadi harapan saya agar skuad ini dapat kembali menerapkan semangat juang yang sama pada tiga perlawanan sebelum ini untuk dibawa apabila kita bertemu Pakistan," katanya menerusi video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Skuad hoki remaja lelaki negara menamatkan saingan terakhir peringkat Kumpulan B Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman di kedudukan teratas selepas menewaskan tuan rumah 1-0, awal pagi tadi. -Gambar fail/Astro Arena
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Hoki Piala Remaja Asia 2023: Young Tigers muncul juara Kumpulan B
Jaringan tunggal hasil pukulan sudut penalti Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-48 muncul penyelamat bagi memastikan skuad negara terus mempertahankan rekod tanpa kalah di kejohanan itu.