Malaysia boleh melupakan impian untuk ke final apabila kalah 3-2 kepada pasukan pilihan, Great Britain pada perlawanan ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 di sini, malam tadi.
Great Britain mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Benjamin Boon, hasil hantaran lintang Samuel French.
Seminit kemudian, French, yang masih melihat kelekaan pertahanan Malaysia, sekali lagi membuat hantaran lintang dari sebelah kiri dan dibias oleh David Goodfield ke dalam gawang untuk gol kedua Great Britain.
Malaysia cuba merapatkan jurang gol dengan beberapa cubaan namun pergerakan mereka mudah dipatahkan sehingga tamat separuh masa.
Bagaimanapun, anak buah Arul Selvaraj, bangkit dengan lebih bersemangat pada babak kedua perlawanan dengan mengatur gerakan yang lebih kemas untuk memburu gol.
Hanya seminit selepas melangkah ke separuh masa kedua, Sufi Ismat Rohulamin berjaya mencuri bola di hadapan gawang gol sebelum menewaskan penjaga gol Harry Gibson.
Gol tersebut memberi keyakinan kepada pasukan Malaysia untuk meningkatkan lagi penguasaan bola namun kubu pasukan bimbingan jurulatih Jon Bleby ternyata kebal untuk ditembusi.
Great Britain yang terpaksa bekerja lebih keras untuk menambah gol dan peluang itu hadir apabila diberi pukulan sudut penalti pada minit ke-62 dan berjaya disempurnakan oleh Luke Taylor untuk gol ketiga.
Tidak goyah dengan jaringan itu, Malaysia terus mencari gol dan apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-65, Muhammad Sharil Shaabah tidak mensia-siakannya untuk gol kedua pasukan negara.
Great Britain mengungguli kedudukan carta pada kejohanan bawah 21 tahun itu dengan sembilan mata manakala Malaysia menghuni tangga kelima daripada enam pasukan dengan hanya satu mata.
Dalam perlawanan sebelum itu, Australia hanya mengambil masa 10 minit untuk bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mengalahkan New Zealand 4-3.
Kebangkitan Australia itu bermula dengan jaringan sudut penalti oleh Andrew Scanlon pada minit ke-50 dan diikuti dengan 'set piece' oleh Joshua Bretherthon (minit ke-54), serta gol padang oleh Oliver Crane (57' dan Maximillan Hendry pada minit ke-62.
Gol New Zealand sebelum itu diperolehi melalui pukulan sudut penalti oleh Nic Woods dan Daniel Panchia masing-masing pada minit kedua dan minit ke-35 serta gol padang oleh Kim Kingstone pada minit ke-41.
Australia kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata manakala New Zealand di tangga keempat dengan satu mata.
Dalam pada itu, India membelasah musuh tradisinya Pakistan 6-0.
Gol separuh masa pertama diperolehi melalui pukulan sudut penalti Imran Khan pada minit ke-22 dan gol padang Parvinder Singh pada minit ke-34.
Di separuh masa kedua, Pakistan cuba merapatkan jurang gol namun cubaan mereka yang tidak cukup berbisa mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan India.
India menambahkan duka Pakistan dengan melebarkan gol melalui jaringan Armaan Qureshi pada minit ke-49 serta pukulan sudut penalti oleh Harmanpreet Singh, Varun Kumar dan Armaan Qureshi masing-masing pada minit ke-53, 67 dan 69.
India menduduki tangga ketiga dengan enam mata manakala Pakistan tercorot dengan satu mata.
Bernama
Wed Oct 15 2014
![Hoki Piala Sultan Johor: Impian Malaysia ke final musnah Hoki Piala Sultan Johor: Impian Malaysia ke final musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413415481_295x200.jpg)
GreaBritain mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membuka jaringan seawal minit kelima. - Foto Bernama
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
!['Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain 'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736211391_MinistryofJustice.jpg)
'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.
![Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725959748_TBDRONEGHOST.jpg)
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
![Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828970_tbmurderingnewborn.jpg)
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81725084769_RajaCharlesMalays.jpg)
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721695161_SheikhHasina.jpg)
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
![India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721878547_DAVIDLAMMY.jpg)
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
![Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156983_RishiSunak.jpg)
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.