Berhadapan banyak kritikan selepas gagal mengemudi skuad hoki lelaki negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ketua Jurulatih Roelant Oltmans mengisytiharkan beliau tidak akan meninggalkan pasukan itu.
Bekas jurulatih berpengalaman Belanda itu berkata beliau bukannya individu yang melarikan diri daripada tanggungjawab kontrak, biarpun Presiden Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal dilaporkan berkata mahu mengubah struktur kejurulatihan.
Pasukan kebangsaan yang dikenali sebagai "The Malaysian Tigers" berada di ranking ke-11 dunia, hilang peluang terakhir mereka ke Tokyo selepas tumpas dengan agregat 3-9 kepada Great Britain dalam dua perlawanan play-off di Lee Valley Hockey and Tennis Centre, London, hujung minggu lepas.
"Saya dan semua pihak menandatangani kontrak itu, kerana kami mahu mencapai sesuatu. Saya tahu dari banyak tahun, untuk mendapatkan sesuatu daripada satu kumpulan dari sesebuah negara, adalah satu proses panjang, bukan boleh mendapat keputusan dalam tempoh semalaman.
Kami semua percaya kepada potensi tetapi dalam beberapa aspek kami perlu bekerja keras dan juga tidak bernasib baik dalam beberapa keputusan semasa perlawanan, undian dan beberapa keadaan. Masa kini kita ada media sosial, sesiapa pun boleh menulis (mengkritik) apa-apa pun, biarkan mereka buat apa yang mereka hendak," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa, selepas tiba dari London.
Beliau berkata: "Saya hanya boleh cakap, apa yang saya lihat pada pemain adalah mereka berupaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada ini. Saya sudah menulis rancangan A dan B, apa akan berlaku jika kami layak atau sebaliknya, jadi itu adalah antara yang kami telah bincangkan dengan KHM (Konfederasi Hoki Malaysia) dan lembaga pengarah."
Jurulatih berusia 65 tahun itu yang telah mengecapi kejayaan Piala Dunia bersama kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Belanda, pingat emas Olimpik bersama pasukan lelaki selain melatih pasukan India dan Pakistan, diberikan kontrak selama dua tahun sehingga Oktober 2020.
Tugasan utama beliau ialah membawa Malaysian Tigers kembali ke Olimpik, selepas pasukan itu terlepas peluang keemasan layak sebagai Juara Asia, tewas dengan pukulan penalti kepada Jepun dalam final Piala Asia 2018, kerana hanya pemenang pingat emas akan layak sebagai juara benua.
Kali terakhir Malaysia bertanding ialah di Sukan Olimpik Sydney 2000.
Apabila ditanya kekurangan anak buahnya, Roelant berkata sifat tahan lasak dalam perlawanan selain tidak berkeupayaan untuk menghasilkan serangan yang lebih berkesan tanpa ragu dan tersusun di dalam kawasan 23 meter lawan.
"Anak buah saya bermain habis-habisan, kami bermain dengan baik dari 23 ke 23 tetapi dalam kawasan 23 meter, saya boleh katakan pasukan Britain lebih berkesan daripada kami. Kami mencipta banyak peluang, lebih daripada Britain, itulah aspek yang kami perlu tekankan," katanya.
Roelant juga berharap Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) akan mewujudkan satu platform alternatif untuk negara-negara yang tidak terlibat dalam Liga Profesional untuk mengurangkan jurang bermain dalam perlawanan peringkat tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019

Roelant juga berharap Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) akan mewujudkan satu platform alternatif untuk negara-negara yang tidak terlibat dalam Liga Profesional untuk mengurangkan jurang bermain dalam perlawanan peringkat tinggi - Gambar Bernama

Salah guna teknologi boleh wujudkan rasuah bentuk baharu - Azam Baki
Penyalahgunaan teknologi seperti ancaman siber boleh mewujudkan rasuah bentuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.

Hoki: 'Saya tidak mudah putus asa' - Roelant
Berhadapan banyak kritikan selepas gagal mengemudi skuad hoki lelaki negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ketua Jurulatih Roelant Oltmans mengisytiharkan beliau tidak akan meninggalkan pasukan itu.