KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpesta gol apabila membelasah skuad UiTM HA-KPT 5-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala TNB (TNB-MHL) 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Anak buah Seo Jongho yang bermula garang berjaya memecahkan kebuntuan seawal minit kedua menerusi pukulan sudut penalti Ismail Abu, sebelum Ismail menambah gol padang pada minit ke-18.
Pemain import THT, Jang Jonghyun dari Korea Selatan terus melebarkan jurang apabila meledak pukulan sudut penalti tiga minit kemudian, dan terus menambah duka anak buah Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar hanya tiga minit sebelum suku masa ketiga tamat.
UiTM HA-KPT berjaya memperoleh gol sagu hati menerusi Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman pada minit ke-56 sebelum penyerang kebangsaan Faizal Saari menoktahkan kemenangan buat THT dua minit kemudian.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Maybank terpaksa berpuas hati selepas terikat 2-2 pada pertembungan pertama malam tadi.
Terdahulu, pasukan hoki wanita Negeri Sembilan (NSE) menundukkan skuad Terengganu-MSNT (TLHT-MSNT) 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars.
Juara bertahan Liga Hoki Wanita Malaysia, NSE tidak menunggu lama untuk memecahkan kebuntuan apabila Nuramirah Shakirah Zulkilfli membuka jaringan menerusi gol padang pada minit kedua perlawanan, sebelum Nur Afiqah Syahzani Azhar turut meledak gol padang seminit kemudian.
Fatin Shafika Mohd Sukri terus menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti tiga minit kemudian dan Nur Afiqah Syahzani Azhar pula berjaya menoktahkan kemenangan pasukan pada minit ke-23 menerusi jaringan gol padang.
Bagaimanapun, TLHT-MSNT berjaya menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-29 menerusi Nur Syahirah Azwan.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars, pasukan KPT-Uniten Thunder berjaya menewaskan skuad Young Tigress, 2-1.
Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung pada Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Skuad THT mengalahkan UiTM HA-KPT 5-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala TNB 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Julang Piala TNB misi seterusnya Faizal Saari
Penyerang prolifik itu menyifatkan dengan menjuarai piala itu bakal menjadi simbol penguasaan THT dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL).

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.

Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.

Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.

Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.

ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.

ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.