KUALA LUMPUR: Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri membuktikan gandingan bersama yang dibentuk empat bulan lepas kian membuahkan hasil selepas muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
Ia merupakan kejayaan kedua berturut-turut yang diraih gandingan itu dalam tempoh seminggu selepas muncul juara Kejohanan Antarabsangsa Syed Modi juga di India pada Ahad lepas.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sarju Sarai Indoor Sports Complex itu, Hon Jian-Muhammad Haikal, mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan beregu Taiwan Lin Bing Wei-Su Ching Heng yang menduduki ranking 268 dunia.
Hon Jian-Muhammad Haikal bermula dengan baik selepas mendominasi permainan dengan mencatat kemenangan 21-17 pada set pertama, sebelum memuktamadkan kemenangan pada set kedua dengan 23-21, biarpun cuba diberikan saingan.
Semalam, gandingan negara itu mara ke pentas final selepas menyingkirkan rakan senegara Boon Xin Yuan-Goh V Shem 21-18, 21-17 di peringkat separuh akhir.
Ia merupakan penampilan peringkat final ketiga Hon Jian-Muhammad Haikal musim ini, selepas turut mara pada Masters Indonesia, Oktober lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Ia merupakan kejayaan kedua berturut-turut yang diraih gandingan itu dalam tempoh seminggu selepas muncul juara Kejohanan Antarabsangsa Syed Modi juga di India pada Ahad lepas. - Gambar FB BAM

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Impian Wan Mohammad Arif-Roy King rangkul gelaran sulung Jelajah Dunia di Madrid lebur
Beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terlepas peluang merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia apabila dikecewakan gandingan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlev Isfahani.

All England: Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua, Yey SIn-Ee Yi tersingkir awal
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen di kejohanan All England 2024 dengan langkah kanan apabila mengetepikan cabaran rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.

Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara
Seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak rakan senegaranya dalam kejadian pergaduhan di belakang sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang petang Selasa.

Lelaki Nepal dihukum gantung bunuh suami teman wanita
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Suruj Dev Sah Teli, 36, selepas mendapati tiada keraguan munasabah ditimbulkan pada akhir kes pembelaan.