KUALA LUMPUR: Perenang muda dari Kuala Lumpur Khiew Hou Yean meneruskan rentak cemerlangnya untuk mengungguli acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64 di Pusat Akuatik Kebangsaan pada Jumaat.
Perenang berusia 19 tahun itu mencatat 50.35 saat (s) untuk muncul juara dengan catatan peribadi terbaik sekali gus berjaya mengatasi masa kelayakan ke Kategori B bagi Kejohanan Dunia iaitu 50.48s.
Kejayaan itu turut menyaksikan Hou Yean sekali lagi mengatasi Olimpian Welson Sim, yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan 49.54s, yang meraih perak dengan catatan 51.11s manakala Ng Shin Jian Terrence (51.52s) dari Selangor membawa pulang gangsa.
"Saya rasa sangat bagus dan gembira hari ini kerana dapat memperbaiki catatan peribadi terbaik saya," katanya selepas acara berkenaan.
Pada hari pertama kejohanan semalam, Hou Yean berjaya merangkul dua emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki dan 4x100 rampaian berganti-ganti bersama Khiew Tze Yean, Jayden Tan Khai Xin serta Yap Min Shun.
Sementara itu, perenang kebangsaan Phee Jing En yang mewakili Selangor, muncul juara acara 200m kuak dada wanita dengan mencatat masa 2:38.16s mengatasi perenang Johor Rouxin Tan (2:41.86s) dan Low Ee Mang (2:43.96) dari Selangor.
Jing En pada Khamis meraih emas acara 100m kuak dada.
Dalam pada itu, dua perenang dalam acara 400m rampaian individu iaitu Jayden Tan Khai Xin (4:26.16s) dari Selangor dan Lim Shun Qi (4:31.08s) dari Melaka berjaya meraih kelayakan ke Sukan SEA Hanoi bagi Kategori B iaitu 4:32.53s.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Kejayaan itu turut menyaksikan Hou Yean sekali lagi mengatasi Olimpian Welson Sim. - Foto BERNAMA
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Renang: Remaja 14 tahun pecah rekod Para SUKMA
Asyiil Raziin Razman berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun, hari ini.
SUKMA 2024: Andrew dominasi kolam renang dengan lima emas, tiga rekod kebangsaan
Atlet Selangor Andrew Goh mengakhiri aksi renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan cemerlang meraih lima pingat emas selain memperbaharui tiga rekod kebangsaan dan lima rekod temasya.
Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas
Leon Marchand dari Perancis merangkul dua pingat emas untuk menjadi juara Olimpik berganda dalam satu sesi pada Rabu.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Dua emas Jayden pastikan dominasi Kuala Lumpur berterusan di Terbuka Malaysia
Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa tiga minit 55.52 saat.
Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.
Sukan SEA Kemboja: Khiew Hoe Yean butir pingat emas pertama skuad renang negara
Khiew Hoe Yean membutirkan pingat emas pertama skuad renang negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh.
Sukan SEA: Jinq En sumbang pingat tunggal pada hari pertama acara renang
Jinq En menamatkan saingan acara 50 meter (m) kuak dada wanita di tempat ketiga dengan catatan masa 31.94 saat.
Renang: Andrew pecah rekod kebangsaan, tempah tiket Kejohanan Dunia Akuatik 2023
Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional.