KUALA LUMPUR: Perenang muda negara Khiew Hou Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila menambah dua lagi kilauan pingat emas pada hari keempat Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64 hari ini.
Hou Yean, 19, memulakan kejohanan hari ini dengan meraih emas bagi acara 200meter (m) gaya bebas lelaki melalui catatan masa 1 minit 48.77 saat (s) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
Beliau mewakili Kuala Lumpur dalam acara itu menewaskan Olimpian negara Welson Sim dari Sarawak yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak menerusi masa 1:50.07s.
Pingat perak diraih Arvin Shaun Singh Chahal yang mewakili Terengganu dengan mencatat masa 1:52:14s.
Sementara itu, Hou Yean dan Welson layak ke Sukan SEA Hanoi bagi Kategori B selepas mencatatkan masa di bawah 1:52:01s ditetapkan Persatuan Renang Malaysia (MS).
SUKAN-RENANG (HOU YEAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Hou Yean terus membuktikan keunggulannya apabila berjaya membantu kuartet 4x100 gaya bebas lelaki Kuala Lumpur bersama Khiew Tze Yean, Gabriel Francis McCartan serta Yap Min Shun merangkul emas dengan merekodkan masa 3:30:16s.
Pingat perak dimenangi wakil Sarawak yang menyaksikan gandingan Welson Sim, Hii Puong Hou, Job Tan Xi Jay dan Hii Puong Wei dengan catatan 3:31:05s.
Sementara gangsa diraih wakil Selangor; Ng Tze Xiang, Chan Jun Jian, Adam Jeffrey Dillon Terence Ng dengan masa 3:34:42s.
"Dua emas lagi diperoleh hari ini namun yang penting saya turut berjaya memperbaiki catatan masa terbaik saya bagi acara 200m gaya bebas.
"Dalam acara ini saya tidak berapa memikirkan tentang kelayakan ke Sukan SEA namun saya sudah buat yang terbaik sebentar tadi dan akan fokus kepada baki acara esok," kata Hou Yean kepada Bernama.
Pada hari pertama kejohanan Khamis lepas, Hou Yean berjaya merangkul dua emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki dan 4x100 rampaian berganti-ganti bersama Khiew Tze Yean, Jayden Tan Khai Xin serta Yap Min Shun sebelum meraih satu lagi emas pada hari kedua semalam bagi acara 100m gaya bebas lelaki
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Hou Yean, 19, memulakan kejohanan hari ini dengan meraih emas bagi acara 200meter (m) gaya bebas lelaki melalui catatan masa 1 minit 48.77 saat (s) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. - BERNAMA
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
PTPK sasar RM 450 juta kutipan pinjaman balik
Kementerian Sumber Manusia memperuntukan dana pinjaman rm 500 juta buat perbadanan tabung pembangunan kemahiran (ptpk) dijangka manfaatkan seramai 20,000 peminjam
MyGAS 2025 fokus atasi cabaran pembiayaan gas asli
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.
Ancaman gajah: Penduduk hidup dalam kebimbangan
Penduduk beberapa kampung di Hulu Terengganu hidup dalam kebimbangan susulan serangan gajah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.
Muhyiddin saran kerajaan wujudkan kertas putih industri padi, beras
Kerajaan disaran mewujudkan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan putih tempatan mencukupi di pasaran.
Hou Yean tambah lagi emas Kejohanan Renang Terbuka Malaysia
Perenang muda negara Khiew Hou Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila menambah dua lagi kilauan pingat emas pada hari keempat Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64 hari ini.
Hou Yean raih emas ketiga dengan catatan peribadi terbaik
Perenang berusia 19 tahun itu mencatat 50.35 saat (s) untuk muncul juara dengan catatan peribadi terbaik.