PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.
Ibrahimovic masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73 dalam perlawanan kumpulan F Euro 2024 di Solna.
Pada usia 41 tahun, lima bulan dan 21 hari, Ibrahimovic kini mengatasi rekod bekas penjaga gol Itali, Dino Zoff, yang bermain menentang Sweden pada 29 Mei 1983, ketika berusia 41 tahun, tiga bulan dan satu hari.
Ibrahimovic yang kini beraksi bersama AC Milan turut menjadi pemain tertua yang menjaringkan gol dalam sejarah Serie A ketika menentang Udinese Calcio hujung minggu lalu.
Awal minggu ini Ibrahimovic menegaskan, yang dia mahu beraksi di pusingan akhir Euro di Jerman tahun depan dan pada usia 42 tahun, dia bakal menjadi pemain tertua pernah menyertai kejohanan itu.
Bagaimanapun hasrat Ibrahimovic itu tidak selari dengan permulaan kempen Sweden yang kini di tangga tercorot Kumpulan F selepas hatrik Romelu Lukaku memberikan jurulatih baharu Belgium Domenico Tedesco permulaan yang cemerlang selepas menggantikan Roberto Martinez.
"Mendapat tiga mata dan menjaringkan tiga gol di Sweden tidak pernah mudah untuk mana-mana pasukan. Kemenangan sentiasa menjadi perkara terbaik untuk pasukan," kata Tedesco. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023

Pada usia 41 tahun, lima bulan dan 21 hari, Ibrahimovic kini mengatasi rekod bekas penjaga gol Itali, Dino Zoff. - REUTERS

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

Zlatan Ibrahimovic bersara pada usia 41 tahun
Masanya telah tiba untuk Ibrahimovic mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak.

Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs - Ibrahimovic
Ibrahimovic mempertahankan jurulatih yang memenangi pelbagai gelaran itu kerana menyatakan fikirannya di khalayak ramai.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

Serie A: Ibrahimovic peledak gol paling tua
Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Stefano Pioli kekal di tangga keempat, dua mata di belakang Inter Milan.

Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun
Kelayakan Euro 2024: Ibrahimovic kembali perkuat Sweden pada usia 41 tahun

Meski diejek Argentina, Mbappe akan bergelar juara dunia sekali lagi - Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic percaya Kylian Mbappe harus yakin untuk memenangi satu lagi Piala Dunia.

Sudah tercatat Messi akan menang Piala Dunia Qatar - Ibrahimovic
Ibrahimovic menganggap bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu berpeluang meraih trofi berkenaan.

Ibrahimovic masih belum mahu bersara
Pemain veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, berjanji bahawa dia akan kembali beraksi sambil menegaskan dia masih belum ada perancangan untuk bersara.

Ibrahimovic mahu kekal di Milan 'seumur hidup'
Ibrahimovic meraikan hari jadi ke-40 Oktober lalu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda akan memperlahankan gaya permainannya.

'Mentaliti Man Utd 'sempit', gaji saya ditolak hanya kerana sebotol jus' - Ibrahimovic
Bintang bola sepak Zlatan Ibrahimovic akhirnya membuka mulut berhubung masa yang dihabiskan bersama Manchester United dalam biografinya, "Adrenaline".