KEMELUT melibatkan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur(KLCA), antara bekas presiden itu, Datuk Razlan Razali dan Jurulatih KLCA, Datuk Ng Joo Ngan, semakin memuncak apabila ibu bapa dan pelumba menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu semalam.
Wakil ibu bapa kepada pelumba, Nor Azila Abdul Razak, meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih tersebut umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.
Dalam masa yang sama dia turut meluahkan hasrat agar Datuk Razlan Razali menarik semula keputusan meletakkan jawatan yang diambil sebelum ini justeru terus kekal semula sebagai presiden KLCA.
Sebelum ini menerusi laporan terdahulu jurulatih berusia 77 tahun itu juga meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir ibu bapa pelumba dari KLCA yang membangkitkan isu rasis dalam pemilihan pelumba yang dia laksanakan.
"Saya berasa kesal akan keselamatan anak saya yang seakan diambil mudah kerana saya memberikan kepercayaan penuh kepada jurulatih.
"Saya juga telah berunding secara bersemuka dengan jurulatih sebelum ini kerana seolah dia sangat merahsiakan lokasi kayuhan anak saya." katanya.
Manakala, bekas pelumba KLCA, Muhamad Aniq Akmal turut menjelaskan keadaan semasa kem KLCA yang serba kekurangan dan tidak lengkap.
"Dari segi sistem latihan perlu diubah kerana teknologi dan kelengkapan KLCA sudah jauh ketinggalan berbanding pasukan lain." katanya.
Sementara itu, jurulatih KLCA menafikan sekerasnya tuduhan yang dilontarkan dan menganggap sebarang isu keagamaan tidak wajar dikaitkan.
"Kami tidak mendapat kebenaran untuk melepaskan pelumba bawah umur dan saya hanya menjaga satu kumpulan saja dalam setiap sesi latihan.
"Untuk setiap pelumba saya perlu memberikan panduan dengan betul dan ibu bapa tidak mengetahui perkara itu. Hanya kerana saya tidak memilih seorang pelumba anda tidak boleh bercakap seperti ini.
"Anda tidak boleh bermain isu keagamaan dalam kes begini, anda tidak boleh hanya mendengar apa yang orang luar katakan semata-mata."
Astro Arena
Sat Mar 23 2024

Nor Azila Abdul Razak, wakil ibu bapa kepada pelumba. - Foto Astro ARENA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.

Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.

Ibu label jurulatih rasis, Joo Ngan tampil beri penjelasan
Nor Azila meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih tersebut umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.

Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.

Piala Negara-Negara 2024: Semua pelumba trek negara terkeluar awal
Kesemua atlet berbasikal trek negara gagal layakkan diri ke suku akhir pada hari kedua Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.

WOW bantu penunggang basikal wanita bina jaringan sosial
Program Women on Wheels menyasarkan pembentukan jaringan sosial bagi membolehkan mereka meneruskan kegiatan tersebut pada masa luang.

Mike tawan OCBC Cycle KL 2024
Tampil buat kali pertama pada perlumbaan itu, Yong Wong atau mesra disapa Mike mencatat catatan masa keseluruhan 59 minit 36 saat.

TSG yakin mampu pertahan gelaran terbaik Asia
TSG yang berpangkalan di Kuala Terengganu turut optimis mampu melakar sejarah sebagai pasukan terbaik benua.

Ronaldo tunai janji berbasikal 500km selepas Real Valladolid naik liga
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.

Pahang laksana 'Kuantan Car Free - Green Hour' setiap bulan
Program itu melibatkan penutupan jalan selama dua hingga tiga jam bagi membolehkan aktiviti riadah berlangsung.