IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengiklanan Impact Media Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai proses pengambilalihan Perak FC.
Naib Presiden PAFA Datuk Seri G. Irudianathan berkata rundingan itu mengambil tempoh selama dua minggu sebelum menandatangani perjanjian jual beli dengan fokus utama menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain yang membelenggu skuad The Bos Gaurus.
"Pihak kami percaya pengambilalihan itu akan memudahkan pertukaran maklumat berkaitan yang memerlukan perbincangan antara dua pihak sebelum diteruskan ke proses perjanjian jual beli," katanya pada sidang media selepas majlis MoU tersebut di sini hari ini.
Irudianathan mewakili badan induk bola sepak negeri manakala IMC diwakili Pengerusinya Khairul Mahmood yang antara lain menyifatkan MoU itu penting bagi pihaknya menyelesaikan masalah yang ada sebelum membentangkan perancangan dan masa depan Perak FC.
"Keutamaan kami menyelesaikan masalah termasuklah tunggakan gaji, kemudian barulah kami boleh membentangkan perancangan bagaimana untuk terus kekal di pasaran," katanya yang sedar isu pokok tersebut menjadi punca beberapa pemain utama pasukan 'angkat kaki' dan berhijrah ke tempat lain.
Tegasnya, selagi perkara itu belum diselesaikan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tawaran atau jaminan kepada pemain kerana mereka berhak untuk membuat pemilihan masing-masing malah isu tersebut sudah sampai ke Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) serta melibatkan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, dilapor pegangan saham Perak FC kini diambil sepenuhnya IMC sekali gus dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain sehingga tiga bulan dan kemelut dalaman yang melanda pasukan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengiklanan Impact Media Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai proses pengambilalihan Perak FC.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Kes tipu pindah milik tanah, kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian
Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kementerian Perpaduan mohon peruntukan tingkat relevansi perpustakaan dalam RMK13
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu perlu bagi memberi keupayaan kepada PNM menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan kehendak generasi baharu dalam dunia yang pantas berubah.
Sambutan Tahun Baharu Cina Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari 2025 di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom.
WEF 2025: Open Forum - Balancing the Scales
According to the IMF, income inequality is high or increasing in 60% of low- and middle-income countries, with the highest impact being felt on marginalized groups. With rising income inequality threatening growth worldwide, what can be done to bridge this gap?
Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.