KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terlepas peluang merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia apabila dikecewakan gandingan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlev Isfahani dari Indonesia pada final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, malam ini.
Pada aksi di Pusat Sukan Perbandaran Gallur di Madrid itu, Wan Muhammad Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-65 dunia memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan yang berlanjutan hingga ke set penentuan sebelum kecundang 21-18, 17-21, 21-19 dalam tempoh 52 minit.
Pasangan negara yang tewas pada set pertama bangkit mencipta kemenangan penting pada set kedua sebelum meneruskan momentum positif pada set terakhir hingga berjaya mengikat kedudukan 19-19, namun gandingan lawan di ranking ke-34 dunia itu lebih unggul untuk mencipta kemenangan.
Keputusan pada final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu menyaksikan Wan Muhammad Arif-Roy King mengalami kekalahan ketiga berturut-turut berdepan lawan sama.
Dalam pada itu, jaguh perseorangan lelaki Singapura Loh Kean Yew muncul juara selepas mengatasi wakil Perancis Toma Junior Popov 21-11, 15-21, 22-20, manakala gelaran juara perseorangan wanita menjadi milik Ratchanok Intanon dari Thailand yang menewaskan rakan senegara Supanida Katethong 21-12, 21-9.
Gandingan Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtya Mentari menjuarai acara beregu campuran selepas mengalahkan Cheng Xing-Zhang Chi dari China 17-21, 21-12, 21-13, sementara Jepun merangkul gelaran beregu wanita menerusi Rin Iwanaga-Kie Nakanishi yang menjinakkan Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi dari Indonesia 12-21, 21-8, 21-16.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024

Keputusan pada final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu menyaksikan Wan Muhammad Arif-Roy King mengalami kekalahan ketiga berturut-turut berdepan lawan sama. - Gambar FB BAM

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Impian Wan Mohammad Arif-Roy King rangkul gelaran sulung Jelajah Dunia di Madrid lebur
Beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terlepas peluang merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia apabila dikecewakan gandingan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlev Isfahani.

Masters KL: Jun Hao raih gelaran kedua Jelajah Dunia
Leong Jun Hao mencipta sensasi selepas merakam kemenangan straight set 22-20 dan 21-13 ke atas wakil Taiwan Lee Chia Hao.

Celine Dion batal konsert jelajah dunia
Penyanyi popular Celine Dion membatalkan konsert jelajah dunia susulan keadaan kesihatannya yang menjejaskan keupayaan untuk membuat persembahan.

Zii Jia mulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan
Setelah menewaskan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada aksi pembukaan Kumpulan B di Bali, Indonesia.

Pemain Malaysia berdepan laluan sukar pada Jelajah Dunia Akhir BWF
Proses undian berlangsung hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube BWF.

COVID-19: BWF ubah suai kalendar Kejohanan Jelajah Dunia
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber 2020 akan diteruskan seperti dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt ini.

MONSTA X, Wonho tidak dapat beraksi pada konsert jelajah dunia di Malaysia
Starship Entertainment mengatakan setibanya kumpulan itu di lapangan terbang Malaysia pada Jumaat, Wonho mendapati pasportnya tiada dan tidak tahu di mana keberadaan pasport tersebut apabila dicari.

Timberlake umum edisi kedua jelajah dunia 'The 20/20 Experience'
Bintang Pop Justin Timberlake memgumumkan tarikh pelancaran album edisi kedua "The 20/20 Experience" dan tarikh jelajah dunianya.