Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Astro Arena
Mon Feb 03 2025
IShowSpeed berkongsi gambar dia memakai pendakap leher dan bertongkat.
PEMPENGARUH terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Ini susulan dia dilihat mengalami kecederaan teruk selepas dicampak keluar oleh Bron Breakker ketika melakukan penampilan pertama sebagai tetamu jemputan dalam saingan Royal Rumble WWE, semalam.
Dia yang masuk sebagai peserta kelapan dilanggar dengan keras sebelum dicampakkan ke meja pengulas dengan perkongsiannya di laman X menyaksikan dia memakai pendakap leher dan sedang bertongkat.