KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya, bagi semua kejohanan dan pertandingan sepak takraw berkuat kuasa 2 Feb tahun depan.
Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia Ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lepas.
"ISTAF memutuskan dan meluluskan penggunaan sistem pengiraan baharu yang akan dilaksanakan berkuat kuasa 2 Feb 2024 (selepas enam bulan dari tarikh kelulusan) untuk semua kejohanan sepak takraw.
"Ini bagi memberi masa yang cukup kepada pemain dan pasukan untuk menyesuaikan diri dan menerima pakai sistem baharu itu, untuk kekal berdaya saing di semua peringkat pertandingan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Abdul Halim yang juga presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), berkata ISTAF menolak penggunaan sistem baharu itu di Sukan Asia Hangzhou, kerana temasya sukan itu hanya tinggal 10 hari lagi untuk diadakan, menjadikan ia bagaikan tidak adil kepada pemain dan pasukan.
Beliau menambah semua perubahan besar dalam peraturan permainan sepak takraw hanya perlu diterima pakai selepas enam bulan dari penerimaan dan kelulusan cadangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Abdul Halim berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia Ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lepas.- Gambar fail/Stadium Astro

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Tiga wakil ISTAF hadir Forum IF 2023
Tiga wakil ISTAF dijemput menghadiri Forum Persekutuan Antarabangsa (IF) 2023 di Lausanne, Switzerland.

PSM akur ketetapan sistem kiraan 15 mata
Persatuan Sepaktakraw Malaysia akur dengan keputusan ISTAF berhubung penggunaan sistem kiraan 15 mata di semua kejohanan dan pertandingan.

ISTAF perkenal sistem pengiraan mata baharu berkuat kuasa tahun depan
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya.