JOHOR BAHRU: Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) berhasrat bertemu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut hutang dihadapi badan induk itu sehingga menjejaskan penyertaan skuad kebangsaan dan persatuan berkenaan di peringkat antarabangsa.
Presidennya, Pandak Ahmad berkata ketika beliau mengambil alih kepimpinan pada Mac 2020, persekutuan itu didapati masih berhutang RM133,000 dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) susulan tunggakan meliputi perbelanjaan dan kos penyertaan atlet bola baling pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
"Saya dah merayu sebenarnya dengan MOM dan di peringkat rundingan, kalau ikut syarat yang dikenakan, mereka mahu kita bayar RM10,000 sebulan tetapi dengan keadaan pandemik ini, kita agak sukar (untuk bayar) dengan tiada pendapatan.
"Saya juga ada minta tolong Menteri Belia dan Sukan terdahulu (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) untuk selesaikan isu ini dengan MOM, tapi MOM masih mengekalkan keputusan itu. Jadi saya akan cuba berunding dengan menteri (Ahmad Faizal) supaya kemelut ini dapat diatasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pandak juga berharap agar ada pengurangan terhadap syarat bayaran yang dikenakan MOM sebelum ini.
Beliau berkata, adalah satu kerugian bagi persekutuan itu kerana sukan tersebut yang merupakan sukan pilihan di peringkat sekolah dan universiti, mempunyai ramai pemain muda yang berbakat dan boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa.
"Kesan paling ketara, kita tidak boleh menyertai pertandingan antarabangsa, apa sahaja negara di peringkat ASEAN dan Asia, kita tidak boleh hantar pasukan kerana MOM dan Majlis Sukan Negara tidak akan bantu kita dari segi dana dan sebagainya," katanya.
Selain itu, nama MAHF juga digugurkan oleh penganjur daripada menyertai pemilihan Kongres Dunia Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) di Istanbul, Turki bulan lepas selain menjejaskan ranking skuad kebangsaan di peringkat Asia Tenggara.
"Kita juga bakal terlepas kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung di Arab Saudi bulan depan dan pertandingan jemputan antarabangsa yang lain," katanya dan menambah satu keputusan akan dimuktamadkan pada mesyuarat agung MAHF di Iskandar Puteri, 14 Dis ini, sebelum perjumpaan dengan Ahmad Faizal.
Pada Mac lepas, MAHF digugurkan sebagai ahli gabungan MOM selepas kegagalan membayar tunggakan hutang berkenaan selama tiga tahun.
Dalam perkembangan lain, MAHF akan menganjurkan Kejohanan Bola Baling Kebangsaan Bawah 20 Tahun di Stadium Tertutup EduCity, Iskandar Puteri pada 16 hingga 20 Dis ini, setelah hampir dua tahun tanpa sebarang kejohanan susulan pandemik COVID-19.
Pandak berkata kejohanan yang akan diadakan secara format 'round robin' itu akan menampilkan enam pasukan lelaki melibatkan Kelantan, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu manakala enam pasukan wanita terdiri dari Johor, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Perak.
"Kejohanan ini ialah pra kepada Sukan Malaysia (Sukma), pemilihan negeri-negeri untuk Sukma Kuala Lumpur tahun hadapan. Jadi negeri-negeri mengambil kesempatan untuk memilih wakil masing-masing ke temasya sukan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

Pandak juga berharap agar ada pengurangan terhadap syarat bayaran yang dikenakan MOM sebelum ini. - Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Isu hutang: MAHF berhasrat bertemu Menteri Belia dan Sukan
Pada Mac 2020, persekutuan itu didapati masih berhutang RM133,000 dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).