IPOH: Proses rundingan damai di antara bekas Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim dengan pengurusan Perak FC menemui jalan buntu apabila tiada sebarang keputusan dicapai dalam perbincangan yang berlangsung di Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak di sini pada Khamis.
Teong Kim yang ditemui pemberita memaklumkan perbincangan dilakukan bersama Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood dan pihak JPPM Perak.
Menurutnya, jika tiada sebarang kata putus, Mahkamah Perusahaan akan menjadi jalan terakhir untuk penyelesaian kes tersebut.
"Apa yang tak tercapai itu saya tak boleh maklumkan butirannya kerana tidak boleh dinyatakan. Namun akan ada lagi satu pertemuan sebelum 26 Ogos ini.
"Jika ketika itu masih lagi tidak mencapai persetujuan, kes ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan. Cuma kalau boleh kami tak mahu sampai mahkamah dan harap capai perdamaian," katanya yang ditemui di JPPM Perak, Bangunan Persekutuan Negeri Perak hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, pihaknya menghormati hak Teong Kim namun kekal dengan pendirian sendiri.
Menurutnya, Perak FC akan akur dengan sebarang proses yang ditetapkan oleh JPPM dan bersedia jika perkara tersebut dibawa ke mahkamah.
"Dia (Teong Kim) ada hak buat apa yang dia nak dan kita kekal dengan pendirian kita. Dia boleh buat apa yang dia fikir betul dan kita dah berbincang dua kali, jadi kita terus ke depan.
"Kita juga mahukan benda yang sama iaitu selesai secara perdamaian dan pihak pengurusan akan ikut ketetapan," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Teong Kim memfailkan representasi dengan JPPM Perak berhubung penamatan kontrak secara salah dan tuntutan baki 16 bulan gajinya.
Teong Kim bersama peguamnya, Adam Yap Boon Han memfailkan tuntutan itu selepas dipecat pada Mei lalu setelah lapan bulan berkhidmat dengan pasukan berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
![Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691038139_limteongkim.jpg)
Teong Kim (kanan) berbincang dengan Adam Yap selepas proses rundingan damai di JPPM Perak, Bangunan Persekutuan Perak, di Ipoh, hari ini. - Foto Sinar Harian
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706320416_TBnaturalisasi.jpg)
Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.
![Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700305805_LimTeongKim.jpg)
Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim
Perak FC bersedia menyelesaikan isu tuntutan bayaran baki gaji susulan pemecatan dan penamatan kontrak bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim yang didakwa tidak sah di Mahkamah Perusahaan.
![Kemelut Teong Kim, Perak FC diputuskan Mahkamah Perusahaan Kemelut Teong Kim, Perak FC diputuskan Mahkamah Perusahaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699680930_LimTeongKim.jpg)
Kemelut Teong Kim, Perak FC diputuskan Mahkamah Perusahaan
Kemelut antara bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim dengan Perak FC akan diputuskan Mahkamah Perusahaan.
![Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691038139_limteongkim.jpg)
Isu Lim Teong Kim: Tiada keputusan dicapai
Teong Kim memaklumkan perbincangan dilakukan bersama Ketua Pegawai Operasi Perak FC, Meor Azli Meor Mahmood dan pihak JPPM Perak.
![Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687848681_LimTeongKim.jpg)
Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji
Selepas hampir sebulan dipecat dan berdiam diri, bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim tampil menuntut haknya, serta menggesa baki bayaran gaji selama 16 bulan dilunaskan.
![Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663065984_LimTeongKim.jpg)
Lim Teong Kim tidak lagi bersama Perak FC
Perak FC mengumumkan Ketua Jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super itu, berkuatkuasa serta-merta.
![Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681249969_TBLimTeongKim.jpg)
Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan
Teong Kim menegaskan, situasi di Stadium Perak sangat bingit ketika perlawanan 4 April lalu, hingga dia tidak dengar soalan wartawan.
![SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680683216_NorismadiAbdManap.jpg)
SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak
SAM menzahirkan kekecewaan terhadap cara ketua jurulatih Perak Datuk Lim Teong Kim menyantuni petugas media selepas tamat aksi Liga Super antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
![Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680557358_LeeTeongKim.jpg)
Liga Super: Perak FC tiada isu kredibiliti Lim Teong Kim
Ramai mempersoalkan sejauh mana kemampuan sebenar Teong Kim berikutan keputusan dalam saingan Liga Super yang tidak memberangsangkan.
![Hilang tonggak utama punca Perak FC gagal menyerlah Hilang tonggak utama punca Perak FC gagal menyerlah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679010918_Hilangtonggakutama.jpg)
Hilang tonggak utama punca Perak FC gagal menyerlah
Datuk Lim Teong Kim mengakui persembahan anak buahnya tidak sebaik ketika perlawanan menentang pasukan sama pada saingan Piala FA lalu.