PHNOM PENH: Pemenang gangsa 100 meter (m) lelaki Sukan SEA 2023, Muhammad Haiqal Hanafi, menggesa orang ramai khususnya para netizen agar tidak membandingkan dirinya dan Khairul Hafiz Jantan, dengan jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi.
Muhammad Haiqal mengingatkan diri sendiri dan Khairul Hafiz untuk mempedulikan pandangan orang ramai terhadap kemampuan mereka di atas trek kerana setiap atlet mempunyai kelebihan dan prestasi masing-masing.
"Setiap manusia ada kelebihan masing-masing ... Muhammad Azeem sememangnya ada bakat tersendiri dan kami juga ada prestasi tersendiri," katanya ketika ditemui di sini.
Semalam, Muhammad Haiqal merangkul gangsa dengan 10.443s bagi mengetepikan Khairul Hafiz yang merekodkan masa 10.448s di tangga keempat pada hari terakhir olahraga dalam temasya sukan dwitahunan kali ini.
Pelari Thailand, Soraoat Dapbang dinobatkan sebagai raja pecut baharu Asia Tenggara dengan catatan 10.37s dan hanya dibezakan dengan 0.02s untuk mengatasi Marc Brian Louis dari Singapura, yang merekodkan 10.39s bagi pingat perak.
Walaupun Khairul Hafiz menampilkan prestasi agak baik selepas dihimpit masalah kecederaan sebelum ini, Muhammad Haiqal berharap agar rakannya itu kembali lebih mantap pada masa depan.
Nama Muhammad Azeem disebut-sebut sebagai permata baharu olahraga negara selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos tahun lepas.
Sementara itu, Khairul Hafiz mendedahkan beliau hampir bersara pada tahun lepas selepas tidak berjaya melayakkan diri ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Bagaimanapun, atlet dari Melaka itu berkata jurulatih pecut kebangsaan Mohd Poad Md Kassim berjaya menghalangnya daripada bebuat demikian sehinggakan dapat disenaraikan semula bagi membarisi kuartet 4x100m yang membawa pulang gangsa pada Sukan SEA kali ini.
Dalam pada itu, pelari 400m lelaki kebangsaan Abdul Wafiy Roslan, kejayaan Umar Osman dan Shereen Samson Vallabouy yang masing-masing menjuarai acara individu lelaki serta wanita selain kejayaan kuartet lelaki membawa pulang gangsa membuka mata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menumpukan perhatian acara berkenaan.
Abdul Wafiy bersama Umar serta dua lagi pelari Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S. Tarshan merekodkan masa tiga minit dan 08.82s untuk merangkul gangsa, sekali gus menamatkan kemarau tanpa sebarang pingat selepas Malaysia kali terakhir memenangi pingat acara itu pada edisi 2013 di Myanmar, juga menerusi gangsa.
Selasa lepas, Umar, 20, bukan sahaja meraih emas malah mencipta sensasi apabila pelari berusia 20 tahun itu mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34s sekali gus meleburkan rekod lama 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang dicatat dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Brunei pada Julai 2001.
Kejayaan dilakar Umar menyaksikan beliau menamatkan kemarau emas selama 14 tahun yang kali terakhir dimenangi Zafril Zuslaini pada edisi 2009 di Vientiane, Laos.
Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan mencatat masa 52.53s, merangkul emas kategori wanita sekali gus memecahkan dominasi juara empat kali berturut-turut, Nguyen Thi Huyen dari Vietnam (53.27s) yang merangkul perak, manakala gangsa milik rakan senegaranya, Nguyen Thi Hang (53.84s).
Shereen pula kembali meletakkan Malaysia pada kedudukan tertinggi podium acara 400m wanita di pentas Sukan SEA selepas N. Manimagalay kali terakhir memenanginya pada edisi 1999 di Brunei. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Muhammad Haiqal Hanafi (kanan) dan Khairul Hafiz Jantan meraih pingat gangsa bersama dalam acara 100 Meter sempena Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
KBS optimis prestasi di Kemboja boleh diperbaiki menerusi pencapaian Sukan Asia
Hannah Yeoh berkata harapan itu, berdasarkan kepada post mortem yang telah dilaksanakan selain kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
Saravanan yakin skuad Harimau Muda akan bingkas bangkit
Biarpun skuad kendalian E. Elavarasan turun dengan taktikal terbaik serta semangat juang yang tinggi, nasib tidak menyebelahi mereka untuk memenuhi sasaran.
Sukan SEA: Hadkan atlet naturalisasi - CDM
Mohd Nasir cadangkan penggunaan atlet naturalisasi dihadkan kepada 10 atau 20 peratus daripada keseluruhan pemain dalam sesebuah pasukan.
Kontinjen negara lesu pada hari kelapan Sukan SEA 2023
Hari kelapan temasya Sukan SEA 2023 yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan suasana suram buat kontinjen negara tanpa kutipan pingat emas.
Kerisauan kriket Malaysia terhadap Sukan SEA ada asasnya - Hannah
Kemboja turunkan 13 pemain asing daripada keseluruhan 15 pemain yang didakwa warganegara secara naturalisasi.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA: Skuad taekwondo negara butir dua pingat emas
Perkhabaran pingat emas buat kontinjen negara hadir menerusi kejayaan skuad taekwondo negara menghadiahkan dua pingat emas dalam acara poomsae di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Sukan SEA: Andre tetap pertahan emas biarpun baru pulih kecederaan
Andre berjaya melakukan catatan sejauh 16.06 meter (m) pada percubaan kelima, sekali gus mengesahkan emas kedua berturut-turutnya dalam acara berkenaan.