Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.
Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata mereka dinasihatkan tidak membeli tiket dengan ulat-ulat tiket kerana ia dijual dengan harga yang mahal.
"Jadi penyokong perlu memberi kerjasama dan tidak berurusan dengan ulat-ulat tiket ini, penyokong juga diminta untuk tidak panik, kita sedang berusaha mendapatkan tiket tambahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya tiket yang diperuntukkan kepada Lions XII tidak habis dijual," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata tiket perlawanan akhir itu akan dijual bermula 9 pagi pada Sabtu, dan penyokong The Red Warriors (TRW) boleh mendapatkan tiket berkenaan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.
"Sebanyak lapan kaunter dibuka...seorang penyokong hanya boleh beli lima keping tiket," katanya.
Ismail berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah dilaporkan berkata FAM telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.
Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas.
"Kalau kita tangkap pagi, mahkamah masih bersidang pada petang, sekiranya tangkap petang dan mahkamah tutup kalau ikut SOP waran tangkap mereka akan dibawa ke lokap sementara, melainkan kita bagi mereka bawa penjamin," katanya.
Ops Warta dilancarkan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan jumlah 1.59 juta merupakan baki daripada 1.8 juta saman seperti diumum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
Bernama
Tue May 19 2015

Jangan beli tiket Final Piala FA dengan 'Ulat Tiket' - Ismail

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Jangan beli tiket Final Piala FA dengan 'Ulat Tiket' - Ismail
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.