JURULATIH skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak mahu melihat anak buahnya berasa selesa, sebaliknya menegaskan masih ramai pemain yang memiliki kredibiliti hampir sama dalam persaingan merebut tempat untuk ke Sukan Asia Indonesia.
Jelas sekali itu bukan jaminan buat mana-mana pemain yang beraksi cemerlang dalam Kejohanan AFC B-23 di China minggu lalu.
Kelantangan jurulatih itu membawa maksud tiada konsistensi, maka tiada tempat dalam pasukan, terutama dalam persediaan untuk ke temasya sukan terbesar Asia itu.
"Walaupun pasukan B-23 melakukan persembahan yang baik, masih banyak yang perlu diperbaiki. Kita tidak boleh berhenti di sini atau bersikap berpuas hati. Saya perlu lihat apa sahaja aspek yang perlu diperbaiki," katanya.
Dalam pada tu, pemain negara yang mencuri tumpuan dalam kejohanan di China itu, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, tidak mahu beraksi hambar dalam saingan liga kerana ia adalah satu-satunya cara untuk menarik perhatian Kim Swee.
"Saya akan buat yang terbaik dan tunjukkan dalam latihan pengalaman yang saya perolehi dalam Kejohanan AFC B-23," kata pemain tengah itu.
Turut memberi padangan sama adalah pemain pertahanan, Dominic Tan Jun Jin, yang berkata: "Sekarang ini kami semua kembali kepada kelab dan merebut tempat dalam pasukan masing-masing.
"Di sana sekali lagi kami dapat masa bermain dalam perlawanan yang agak kompetitif dalam Liga Malaysia."
Astro Arena
Wed Jan 24 2018

ONG KIM SWEE: Kita tidak boleh berhenti di sini atau bersikap berpuas hati. Saya perlu lihat apa sahaja aspek yang perlu diperbaiki. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kim Swee panggil empat pemain
Empat pemain tersebut ialah Adib Zainudin (JDT II), Akhyar Rashid (Kedah), M. Kogileswaran Raj (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

Jangan berasa selesa, kata Kim Swee
Jelas sekali itu bukan jaminan buat mana-mana pemain yang beraksi cemerlang dalam Kejohanan AFC B-23 di China minggu lalu.