LONDON: Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis, lapor PA Media/dpa.

Sinner mencapai penyelesaian dengan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) selepas dua ujian salah guna dadah tahun lepas menunjukkan keputusan positif.

Pemain berusia 23 tahun dari Itali itu, yang menjuarai Terbuka Australia bulan lepas, digantung mulai 9 Februari hingga 4 Mei.

Bagaimanapun, beliau masih layak untuk beraksi dalam Kejohanan Grand Slam seterusnya tahun ini, Terbuka Perancis, yang dijadual bermula pada 19 Mei di Roland Garros.

--BERNAMA-PA MEDIA/dpa