HANGZHOU: Jaringan lewat permainan tonggak pertahanan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia Hangzhou 2022 di tempat kelima selepas mengatasi Thailand 2-1, dalam perlawanan penentuan di Stadium Gongshu Canal Sports Park hari ini.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim meraih satu daripada empat slot ditawarkan pada Sukan Asia kali ini untuk beraksi pada Kelayakan Sukan Olimpik 2024 berlangsung di Changzhou, China dan Valencia, Sepanyol dari 13 hingga 21 Jan tahun depan.
Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam hari ini, Thailand terlebih dahulu mengejutkan skuad kebangsaan pada minit kelima menerusi jaringan padang Inpa Kunjira.
Tersentak dengan jaringan lawan, skuad negara memperkemaskan corak permainan mereka bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang Hanis Nadiah Onn yang memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-12.
Pukulan sudut penalti sekali lagi membawa tuah buat negara apabila Nuraini menyumbat gol kemenangan empat minit sebelum perlawanan tamat sekali gus membawa pasukan negara beraksi di pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2024 tahun depan.
Bercakap selepas perlawanan, Mohd Nasihin memuji anak buahnya yang dapat menyerap tekanan selepas ketinggalan di awal permainan dan bangkit memberikan persembahan bertenaga untuk mencari kemenangan.
Beliau pada masa sama optimis bahawa prestasi Malaysian Tigress mampu berkembang lebih baik sekiranya mereka mendapat lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.
Mohd Nasihin juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara, Konfederasi Hoki Malaysia dan peminat atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka sepanjang beraksi di Hangzhou.
Skuad hoki wanita negara tidak pernah beraksi di Sukan Olimpik sejak edisi pertama acara tersebut dipertandingkan di Moscow pada 1980.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
![Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696671045_TBHokiWanita.jpg)
Skuad hoki wanita negara tidak pernah beraksi di Sukan Olimpik sejak edisi pertama acara tersebut dipertandingkan di Moscow pada 1980. - Gambar fail/Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699002783_Azeem.jpg)
Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.
![Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696679975_TBSukanAsia.jpg)
Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.
![Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696672954_QabilAmbakMahamad.jpg)
Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.
![Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696671045_TBHokiWanita.jpg)
Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.
![Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676270129_RexyMainaky.jpg)
Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.
![Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696651918_TakrawLelakiAkhir.jpg)
Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.
![Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696591494_TBPemainskuasy.jpg)
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
![Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696590951_NgEainYow.jpg)
Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696593584_PusatSukanGymnasiu.jpg)
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.