KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perak FC hasil jaringan tunggal pemain import kelahiran Serbia Luka Milunovic pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Babak pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila tuan rumah dan pelawat saling mengasak dalam usaha mencipta gol pendahuluan, bagaimanapun bahagian serangan kedua-dua pasukan yang ampuh menyebabkan tidak banyak percubaan tepat berjaya dilakukan.
NSFC hanya membuat percubaan tepat pada minit ke-25 melalui sepakan percuma yang diambil Hein Htet Aung namun penjaga gol Perak FC Muhammad Farhan Abdul Majid cekap mengawal gawang daripada ditembusi.
Memasuki babak kedua perlawanan, serangan bertali arus barisan pemain muda Perak FC akhirnya memecah kebuntuan apabila hantaran kapten pasukan Luciano Guaycochea berjaya disempurnakan Luka Milunovic pada minit ke-51 untuk menjadi jaringan tunggal skuad The Bos Gaurus.
Meskipun NSFC tewas semalam, pasukan itu berada di tangga kesembilan Liga Super dengan 21 mata manakala Perak di tempat ke-11 dengan 19 mata.
Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan pula menyaksikan pasukan tuan rumah Kelantan United (KUFC) menewaskan Penang FC 1-0.
Aksi separuh pertama menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang melakukan serangan bagi memecah kebuntuan namun tiada jaringan dapat dihadirkan oleh barisan pemain.
Bersambung babak kedua perlawanan, kesilapan menolak bola ke belakang oleh pemain pertahanan KUFC Deok Kim hampir memakan diri namun berjaya diselamatkan penjaga gawang Mohd Shahril Sa'ari.
Pada minit ke-68, KUFC memecah kebuntuan menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh pemain import Dominik Balic yang menewaskan penjaga gol Penang FC Muhammad Azfar Arif sekali gus menyaksikan pasukan tuan rumah memenangi perlawanan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Aksi pemain Negeri Sembilan FC Mohd Zamri Pin Ramli (kanan) bersaing dengan pemain Perak FC Muhammad Aiman Khairul Yusni pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam tadi. --fotoBERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Penang FC mahu manfaat masa 'rehat' sebulan perbaiki kesilapan
Wan Rohaimi berkata, pasukannya masih berada dalam kedudukan kritikal dan sudah mengharungi 20 perlawanan berbanding pasukan lain.

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

JDT akan tangguh raikan kejuaraan Liga Super, fokus kepada ACLE
JDT akan menangguhkan sambutan bagi kejuaraan Liga Super yang hampir pasti menjadi milik mereka, untuk memfokuskan kepada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).