KUALA LUMPUR: Kebimbangan dan ketidakpuashatian dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, diharapkan akan dapat diselesaikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold (RTG), yang akan diadakan dua minggu lagi.
Koordinator program RTG Datuk Stuart Ramalinggam berkata beliau tahu mengenai isu yang dihadapi juara keirin dunia 2017 itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN), dan berharap keputusan dapat dibuat ketika mesyuarat itu.
Beliau berkata RTG telah ditubuhkan terutamanya bagi menyelesaikan kesemua 'halangan' dihadapi para atlet, yang akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan pada 26 Julai hingga 11 Ogos, tahun hadapan.
"Saya tahu isu yang dihadapi Datuk Azizuhasni dengan MSN. Ini merupakan sebahagian daripada kompilasi isu dan permintaan daripada kesemua atlet, yang saya telah lengkapkan selepas mesyuarat dengan kesemua atlet RTG.
"Malangnya beberapa isu lama seperti dalam kes ini yang telahpun bermula satu setengah tahun lalu antara Datuk Azizulhasni dan MSN, yang memerlukan saya (sebagai penyelaras) mendapatkan butiran berkaitan daripada pelbagai pihak, untuk dibawa ke Jawatankuasa untuk pertimbangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Mohd Azizulhasni telah melahirkan rasa kecewa terhadap MSN atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, sejak awal tahun ini.
Pelumba dengan gelaran 'The Pocket Rocketman, itu berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan MSN sejak setahun sebelum dia kembali ke Malaysia, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian dicapai, sedangkan Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dalam tempoh setahun.
Pemain berusia 35 tahun itu, yang memenangi pingat gangsa acara keirin di Olimpik Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020, berkata walaupun beliau menerima keputusan MSN untuk memindahkan pusat latihan dengan hati terbuka, namun kepulangannya ke tanah air telah tidak disertai dengan sistem sokongan lengkap dan bertaraf dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Azizulhasni melahirkan rasa kecewa terhadap MSN atas kegagalan menyediakan sistem sokongan lengkap, selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai. - Fail/Bernama
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.