KUALA LUMPUR: Pelumba kereta terkenal negara, Jazeman Jaafar sedia untuk beraksi buat julung kalinya dalam Perlumbaan 12 Jam Sepang (S12H) dengan jentera Aston Martin di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Pelumba berusia 30 tahun itu akan mewakili pasukan Viper Niza Racing yang dianggotai anak tempatan sepenuhnya dan bergandingan dengan pelumba, Douglas Khoo dan Dominic Ang.
Jazeman yang bertanding dalam Cabaran GT Dunia Asia dengan Triple 8 Johor Motorsports Racing Team dan Siri Le Mans Eropah (ELMS) mewakili Virage Team tahun lepas, teruja dengan peluang berlumba menggunakan jentera Austin Martin buat kali pertama.
"Kami akan memandu sebuah Aston Martin Vantage GT3 yang baharu dibina untuk Perlumbaan 12 jam Sepang. Saya tidak sabar untuk menguji kereta itu dan berkongsi maklum balas dengan pasukan untuk membuat pelarasan dan talaan pada kereta itu serta strategi perlumbaan.
"Ia akan menjadi mencabar dan saya menjangkakan pertandingan yang amat sengit, memandangkan ia satu perlumbaan berprestij tetapi kami akan bersedia untuk memberikan yang terbaik dan membanggakan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Viper Niza Racing yang diasaskan pada 2009 sebagai Niza Racing, sebuah pasukan lumba kereta Malaysia yang berpangkalan di Shah Alam itu menyertai perlumbaan Siri Asia TCR, Siri Le Mans Asia dan Siri Super Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Jazeman teruja dengan peluang menggunakan jentera Austin Martin buat kali pertama dalam Perlumbaan 12 Jam Sepang yang dijadual berlangsung hujung minggu ini. - Facebook Jazeman Jaafar Live Page
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.