JOHOR BAHRU:Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim menghormati dan memahami tindakan kerajaan tidak membenarkan pasukan itu ke Doha untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL) atas faktor keselamatan memandangkan terdapat peningkatan kes COVID-19.
Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pasukan itu telah dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa mereka tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar.
"Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan kerajaan Malaysia dan memahami tindakan terpaksa diambil atas faktor keselamatan disebabkan peningkatan kes pandemik COVID-19.
"Keselamatan setiap orang, termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021," kata beliau dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, malam ini.
BACA: JDT tidak dibenarkan ke Doha untuk saingan ACL
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan skuad Harimau Selatan itu tidak dibenarkan ke Qatar minggu depan bagi menghadapi persaingan ACL dari 18 Nov hingga 19 Dis.
Menurut beliau, tindakan itu selari dengan keputusan kerajaan ketika ini yang masih menutup pintu sempadan negara, sekali gus tidak membenarkan rakyat ke luar negara serta warga asing memasuki negara ini yang turut meliputi pasukan bola sepak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan skuad Harimau Selatan itu tidak dibenarkan ke Qatar minggu depan bagi menghadapi persaingan ACL dari 18 Nov hingga 19 Dis. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

JDT calar ego Pohang Steelers, layak bergaya ke pusingan 16 ACL Elite
JDT menamatkan saingan kumpulan Zon Timur pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata, selepas merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas dua kali.