KUALA LUMPUR: Jelajah Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melabuhkan tirainya hari ini dengan merekodkan seramai 100,000 peserta menyertai program itu sejak ia dimulakan Ogos lepas.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya berpuas hati dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di kesemua negeri.
"Kami berpuas hati dengan kehadiran di semua negeri dan berharap momentum ini dapat diteruskan pada Hari Sukan Negeri yang akan disambut bulan hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Kuala Lumpur 2023 di Dataran Merdeka hari ini.
Kuala Lumpur merupakan lokasi terakhir bagi Jelajah Fit Malaysia 2023 selepas jelajah itu membuka tirai di Pulau Pinang pada Ogos lepas.
Jelajah Fit Malaysia adalah platform pembudayaan sukan bagi semua lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas.
Program berkenaan merupakan sebahagian daripada Hari Sukan Negara yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 15 Okt seluruh negara dengan sambutan peringkat kebangsaan bakal diadakan 14 Okt ini di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim (tengah) melepaskan para peserta larian Jelajah Fit Malaysia Peringkat WP Kuala Lumpur 2023 di Dataran Merdeka pagi tadi. - Foto Bernama

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Jelajah Fit Malaysia labuh tirai dengan rekod kehadiran 100,000 peserta
Jelajah Fit Malaysia anjuran KBS melabuhkan tirainya hari ini dengan merekodkan seramai 100,000 peserta menyertai program.