KUALA LUMPUR: Jerman menamatkan kemarau sedekad untuk mencipta sejarah apabila menjulang trofi Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) buat kali ketujuh dengan menewaskan Perancis 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Ia juga merupakan kemenangan JWC keempat Jerman di bumi Malaysia, selepas merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009 selain pernah muncul juara pada edisi 1985, 1993 dan 2013.
Jerman menebus kekecewaan 0-2 kepada Perancis pada perlawanan peringkat kumpulan minggu lepas.
Pada perlawanan ulangan final edisi New Delhi 2013, Perancis, pasukan ranking ketujuh dunia, mendahului menerusi jaringan padang oleh Jules Verrier pada minit ke-17, dalam percubaan untuk membalas dendam atas kekalahan 5-2, 10 tahun lalu.
Jerman, bagaimanapun, mengubah rentak permainan pada babak kedua apabila Jan Cordes merampas bola daripada pemain pertahanan Perancis untuk menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke-32.
Liam Holdermann menghadiahkan gol kemenangan Jerman menerusi jaringan padang pada minit ke-40 untuk mengesahkan kejuaraan buat gergasi Eropah itu.
Pasukan Les Bleus, dengan pencapaian terbaik muncul naib juara pada edisi 2013, meningkatkan rentak permainan menerusi gerakan pantas pada tiga minit terakhir perlawanan tetapi gagal menebusi bentang pertahanan Jerman.
Jerman layak ke final selepas menumpaskan India 4-1 manakala Perancis mengalahkan Sepanyol 3-1 pada saingan separuh akhir , Khamis lalu.
Holdermann, 20, berkata ia adalah kemenangan yang penuh emosi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) sejurus sebelum kemenangan 5-3 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, 5 Dis lalu.
"Saya rasa bukan hari yang baik kerana ia sangat sukar tetapi saya tidak sedar saya menjaringkan gol kemenangan. Selepas rehat, kami datang dengan mentaliti bahawa kami perlu memberi tekanan dan bermain dengan lebih baik.
"Sungguh sukar dipercayai kami telah menjadi juara dalam JWC pertama saya," kata pemain kelahiran Berlin itu kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Sementara itu, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens berkata, anak buahnya hilang penguasaan bola dan mendapati ia lebih mencabar untuk menembusi bulatan pada separuh masa kedua.
"Saya rasa pemain kami sedikit keletihan dan terlepas beberapa perkara, kehilangan lebih banyak bola pada separuh masa kedua. Mungkin ada yang mengatakan anda pasti berpuas hati dengan pingat, tetapi tidak, kami sedih kerana tidak dapat memenangi Piala Dunia," katanya.
Pada edisi 2021 di Bhubaneswar, India, Argentina menewaskan Jerman 2-1 pada final manakala Perancis menang pingat gangsa dengan menewaskan India 3-1.
Terdahulu, perlawanan final yang dijadualkan pada jam 8.30 malam itu ditangguhkan sejam kerana hujan lebat sebelum perlawanan pingat gangsa antara Sepanyol dan India yang bermula pada jam 7 malam berbanding jadual awal jam 6 petang.
Sementara itu, Sepanyol mengulangi pencapaian terbaik mereka yang pernah menduduki tempat ketiga dalam JWC pada edisi 2005 di Rotterdam, Belanda, selepas mengejutkan India 3-1 dalam perlawanan menentukan tempat ketiga.
Sepanyol, pasukan ranking keenam dunia, menjaringkan tiga gol padang menerusi dua gol Nicolas Alvarez pada minit ke-25 dan ke-51, dan Pau Petchame pada minit ke-40.
Juara 2001 dan 2016, India, mendapat gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti Sunil Jojo pada minit ke-28 untuk berpuas hati dengan penamat tempat keempat sekali lagi selepas edisi terakhir di Bhubaneswar.
Ketua pasukan Perancis, Gaspard Xavier dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan bintang yang semakin meningkat manakala Hugo Labouchere dari Belgium muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan gol.
Penjaga gol terbaik disandang Joshua Onyekwue Nnaji dari Jerman.
Trofi dan pingat disampaikan oleh Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023
![Jerman julang trofi Hoki Piala Dunia Remaja 2023 buat kali ketujuh Jerman julang trofi Hoki Piala Dunia Remaja 2023 buat kali ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702763195_PasukanJerman.jpg)
Pasukan Jerman meraikan kejayaan bersama piala kejohanan selepas tamat perlawanan akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, pada Sabtu. Jerman muncul juara selepas menewaskan pasukan Perancis 2-1. - Gambar Bernama
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4 Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738621826_TBHokiMalaysia.jpg)
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
![Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman, lapor Xinhua.
![Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735942089_SouthKoreaPlane.jpg)
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
![Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734852515_TBChristmasMarket.jpg)
Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.
![Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734482221_logoBundesliga.jpg)
Liga Jerman akan perluas 'Bundesliga Pass' ke negara tambahan
India menjadi negara pertama di luar Jerman yang dapat mengakses semua perlawanan Bundesliga dan divisyen kedua melalui perkhidmatan itu pada Ogos.
![Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733825733_JensBischof.jpg)
Persatuan Penerbangan Jerman jangka kos penerbangan meningkat
Kos kawalan trafik udara yang meningkat turut memaksa syarikat penerbangan memindahkan beban kewangan ini kepada pelanggan.
![Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731924391_TBOlafScholzjp.jpg)
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
![Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731421966_TBOlafScholzjp.jpg)
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
![Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729832424_Argentinas.jpg)
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
![Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729559987_TBOlafScholz.jpg)
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.