Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu skuadnya bagi menghadapi Liga Malaysia 2019.
Jersi baharu pasukan negeri itu dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan disaksikan Presiden FAP, Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah, Setiausaha Kerajan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus dan Timbalan Presiden FAP, Datuk Abdul Rashid Ismail.
Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.
"Untuk musim ini, FAP telah mengeluarkan baju jersi baharu hasil daripada rekaan peminat tempatan melalui pertandingan yang diadakan baru-baru ini yang menggunakan (jersi) warna biru untuk 'home', (jersi) warna putih untuk 'away', manakala (jersi) hitam bagi alternatif jika berlakunya perlanggaran warna jersi dengan pasukan lawan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baharu itu di sini Selasa malam.
Seramai 80 orang pemain bagi Piala Presiden, 90 orang pemain Liga Perdana dan 100 orang pemain bagi Piala Belia turut diperkenalkan di majlis itu selain pengumuman kerjasama di antara FAP dan syarikat pakaian sukan Stallion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 22 2019

Untuk musim ini, FAP mengeluarkan baju jersi baharu hasil rekaan peminat tempatan melalui pertandingan yang diadakan baru-baru ini. Facebook @FAPenangOfficial
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Jersi baharu skuad bola Pulau Pinang musim 2019/2020 diperkenal
Amar Pritpal berkata jersi baharu tersebut akan digunakan oleh ketiga-tiga pasukan di bawah naungan FAP iaitu skuad Piala Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.