KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan Jess Tay bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, yang meraih pingat perak di kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India pada Sabtu.
Jess berkata skuad campuran negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final apabila melakukan beberapa percubaan berani kepada juara bertahan itu.
Malah pasukan Malaysia yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, berjaya menewaskan pasukan tuan rumah yang menurunkan barisan terkuat mereka, pada aksi separuh akhir pada Jumaat (16 Jun).
"Saya masih tidak percaya kami dapat perak, sebab hanya sangka kita dapat gangsa. Namun semasa peringkat separuh akhir kita turut tewaskan pasukan hebat India, jadi saya sangat gembira.
"Pemain turun dengan tiada tekanan dan mereka benar-benar tampilkan aksi menarik dan berjaya melepasi halangan yang sukar," katanya kepada Bernama semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Malaysia terlepas gelaran kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 selepas pasukan negara diwakili Yee Xin Ying, P. Darren Rahul, Aira Azman dan Ong Sai Hung, tumpas 1-2 kepada Mesir pada aksi final yang berlangsung di Express Avenue Mall, Sabtu.
Kejohanan kali terakhir diadakan pada 2011 itu, menyaksikan Mesir turut meraih kejuaraan ketika itu apabila diwakili jaguh skuasy mereka iaitu Raneem El Welily, Ramy Ashour, Karim Darwish dan Mohamed ElShorbagy.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
![Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687127275_TBskuasy.jpg)
Barisan skuad skuasy negara bersama trofi kejohanan selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Piala Dunia Skuasy 2023 di Chennai, India, tiba di KLIA Sepang malam tadi. --fotoBERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024 Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717288123_HongKongSquash.jpg)
Joachim, Sehveetrraa juara Piala Cabaran PSA Hong Kong 2024
Pada aksi final di Kelab Kriket Kowloon, Joachim mengejutkan pilihan ketujuh dan wakil tuan rumah Harley Lam 11-6, 11-6, 11-4.
![Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716247176_TBSivasangari.jpg)
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
![Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715743053_TBSivasangarijpg.jpg)
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
![Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715384250_TBSivasangari.jpg)
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
![Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712277723_Sivasangarijpg.jpg)
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
![Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712017748_tbSivasangari.jpg)
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
![Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695978233_SSivasangari.jpg)
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
![Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702111882_DatukNicolDavid.jpg)
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
![Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702106048_TBNICOLDAVID.jpg)
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
![Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028 Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697457715_SSivasangari.jpg)
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.