PEMAIN perseorangan wanita, Goh Jin Wei mempersoal keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak akan mendaftarkan namanya menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
Jin Wei berkata, dia tidak pasti kesalahan yang dilakukannya sedangkan keputusannya meninggalkan BAM pada September tahun lalu dengan persetujuan bersama atas faktor kesihatan.
"Pertama, mereka (BAM) menerima peletakan jawatan saya pada September 2021 dan tiada bantahan selama ini. Tetapi kenapa pula sekarang menjadi isu?
"Kedua, kenapa saya boleh mendaftarkan diri pada Terbuka India bulan lalu? Itu bermakna saya ada hak bermain dan saya tidak melanggar mana-mana polisi.
"Ketiga, (BAM) enggan mendaftarkan nama saya dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun. Jika anda enggan mendaftarkan saya, saya tidak dapat bermain di peringkat antarabangsa.
"Ini akan menjejaskan kehidupan saya. Badminton satu-satunya kemahiran yang saya ada dan itu kerja saya," katanya menerusi video yang disiarkan dalam saluran YouTube miliknya pada Sabtu.
BACA: Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Tiga bulan selepas mengumumkan persaraannya, Jin Wei yang juga bekas juara remaja dunia kembali beraksi secara profesional dengan menandantangani kontrak bersama Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).
Selain Lee Zii Jia yang 'digam' dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022, Jin Wei yang meninggalkan BAM pada 11 September lalu pula dikenakan hukuman berkuat kuasa 31 Oktober 2021.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 23 2022

JIN WEI: Ini akan menjejaskan kehidupan saya. Badminton satu-satunya kemahiran yang saya ada dan itu kerja saya. - Gambar fail

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.

Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.

Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.

Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.

Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.

Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.

Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.

Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.

Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.