KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand pada Mac depan.
Naib Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) Dr Noor Aziah Mohd Ariffin berkata dua pemain berkenaan ialah Sohniya Chandra Mohan dan Pang Hee Jie terpilih selepas mereka berjaya mengetepikan tiga calon lain semasa proses pemilihan di ibu negara baru-baru ini.
Beliau berkata pemilihan itu bukan berdasarkan ranking dunia semata-mata tetapi juga berdasarkan semangat yang dipamerkan oleh atlet berkenaan ketika proses pemarkahan dilakukan dalam disiplin putting, chipping dan driving range oleh jurulatih khas Chris Marrs.
"Tiga orang ini (Jing Xuen, Sohniya dan Hee Jie) terpilih walaupun ada lagi tinggi ranking namun mereka tidak menunjukkan aksi memberangsangkan jadi (mungkin) tidak memuaskan hati jurulatih khas semasa proses pemilihan.
Mengenai persiapan pemain-pemain negara itu, Noor Aziah berkata ia berjalan lancar dan ketika ini mereka giat mempertingkatkan prestasi masing-masing sebelum berangkat pada 17 Mac depan bagi memastikan kontinjen negara meraih keputusan positif pada kejohanan itu.
Beliau turut berharap lebih banyak sektor korporat sudi bekerjasama dengan badan induk sukan golf itu bagi membolehkan persatuan terus mengangkat martabat pemain golf wanita di Malaysia.
"Persiapan berjalan lancar namun berharap masih ada pihak korporat yang sudi menaja kami (sebab kos tinggi). Setakat ini kami ada penaja pakaian iaitu Carro (untuk ke New Zealand)," katanya.
MALGA sebelum ini menyasarkan atlet negara berada dalam kelompok lima terbaik di kejohanan berkenaan bagi mengatasi keputusan tahun lepas di Manila, Filipina yang menyaksikan Jing Xuen dan Foong Zi Yu berkongsi tempat ke-22, Wang Xin Yao (ke-27) bagi acara individu manakala tempat ke-11 daripada 12 negara acara berpasukan.
Piala QSC 2024 yang berlangsung pada 20 hingga 23 Mac depan merupakan acara tahunan golf berpasukan melibatkan pemain wanita amatur dari 12 hingga 14 negara Asia Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Jing Xuen idam tukar status profesional dua tahun lagi
Tempoh dua tahun akan digunakan bagi menyertai pelbagai kejohanan di luar negara yang menjanjikan pengalaman berbeza dan saingan kompetitif.

Sukan SEA: Jing Xuen cipta sejarah menang emas golf individu
Ng Jing Xuen mengetepikan cabaran juara bertahan kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik Eila Galitsky dari Thailand yang meraih perak.