Kerajaan Johor mahu setiap atlet bakal mewakili negeri ini pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 supaya mengekalkan momentum dan semangat juang tinggi bagi merangkul juara keseluruhan temasya sukan itu yang bakal dianjurkan pada 2020.
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kelebihan sebagai tuan rumah temasya sukan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya atlet Johor dalam mencapai kejayaan.
"Kita perlu bangkit dan memperbaiki carta kedudukan untuk mendapatkan gelaran juara keseluruhan dengan mengatasi kuasa-kuasa besar temasya Sukma seperti Terengganu, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sarawak.
"Kerajaan negeri sedang dalam usaha memastikan segala persiapan berhubung infrastruktur sukan, pengurusan temasya dan perihal pegawai sukan diambil perhatian secara keseluruhan untuk memastikan Sukma 2020 menjadi temasya paling berprestij," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan insentif kemenangan atlet Sukma Johor 2018, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata aspek sains sukan perlu diberikan perhatian serius untuk memastikan prestasi atlet berada pada tahap terbaik seperti dititahkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada majlis ramah mesra bersama atlet Sukma Johor, baru-baru ini.
Beliau berkata setiap perkara walaupun kecil akan diambil perhatian demi memastikan kejayaan atlet negeri ini.
Pada majlis berkenaan, kerajaan Johor memperuntukkan insentif RM360,250 kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukma ke-19, sebagai pemangkin semangat mereka untuk mengekalkan prestasi terbaik dalam mengharumkan nama Johor pada temasya akan datang.
Insentif tersebut diberikan kepada 21 daripada 29 acara sukan yang disertai kontinjen Johor pada Sukma di Perak, September lepas, termasuk dalam olahraga, akuatik, judo, menembak, angkat berat dan berbasikal.
"Bagi kategori individu (seorang-dua atlet), RM3,000 diberikan kepada setiap atlet yang memenangi pingat emas, RM2,000 untuk pingat perak dan RM1,500 bagi pingat gangsa. Bagi kategori berpasukan (tiga-lapan atlet), pemenang pingat emas menerima RM2,000, perak RM1,500 dan gangsa RM1,000," katanya.
Bagi kategori berpasukan pula, RM1,500 untuk pemenang pingat emas, RM1,000 pingat perak dan RM750 gangsa selain tambahan RM1,000 dan RM750 untuk atlet yang berjaya memecah rekod kebangsaan dan rekod kejohanan, katanya.
Pada Sukma ke-19, Johor berjaya meraih 29 pingat emas, 34 perak dan 37 gangsa, menyaksikan negeri itu berada di kedudukan kesembilan daripada 15 kontinjen yang bertanding pada temasya sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018

OSMAN: Kita perlu bangkit dan memperbaiki carta kedudukan. - Gambar fail

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa
Pernah anda membayangkan ada orang sanggup membelanjakan lebih RM300,000 semata-mata untuk anjur majlis dedah jantina bayi mereka?

MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya
Sukan Para ASEAN 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.