TEMPOH pelantikan Ralf Rangnick selaku pengurus sementara Manchester United masih kurang dari seminggu tetapi beberapa nama mula dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.
Rangnick – yang dikenali dengan corak permainan mempertaruhkan tekanan tinggi, memerlukan kerja keras daripada setiap pemain di atas padang serta tidak gemar dengan hantaran ke belakang – dikatakan telah mula mengenal pasti pemain untuk dibawa ke England.
Tatkala pemain sedia ada The Red Devils seperti Jesse Lingard, Dean Henderson dan Anthony Martial telah dikaitkan dengan jalan keluar susulan kurang tempoh minit permainan bersama United, terdapat empat nama – seperti dilaporkan Bild di Jerman – akan dikejar Rangnick bagi memperkuatkan sentuhannya sepanjang tempoh enam bulan selaku pengurus serta dua tahun sebagai konsultan di Old Trafford.
Erling Haaland – Borussia Dortmund
Hubungan baik pengendali berusia 63 tahun itu dan bapa penyerang sensasi tersebut, Alf-Inge Haaland, menyebabkan nama bekas penggempur RB Salzburg dikaitkan dengan perpindahan ke United.
Musim lalu, Haaland meledakkan 41 gol dalam 41 perlawanan buat Dortmund dan biarpun dipalit isu kecederaan musim ini, pemain dengan ketinggian 1.94m itu telah pun mencipta 14 gol hasil daripada 11 perlawanan. Persoalannya, adakah kelab gergasi lain di Eropah seperti Real Madrid dan Bayern Munich akan membiarkan senario itu berlaku?
Amadou Haidara – RB Leipzig
Bintang tengah Mali itu tiba di Red Bull Arena ketika musim 2018-19, di mana Rangnick bertindak sebagai pengurus Die Rotten Bullen ketika itu. Namun, nasibnya agak malang ekoran kecederaan lutut serius yang dialami sehingga menyebabkan Haidara hanya sempat beraksi dalam sembilan perlawanan di bawah kendalian Rangnick.
Untuk musim ini, prestasi Haidara tetap lebih baik daripada sesetengah pemain dimiliki United di bahagian midfield. Dia mencipta sebanyak sebanyak sembilan peluang, menghasilkan hantaran sempurna di kawasan lawan (317) serta kawalan bola sempurna (16). Ketiga-tiga aspek itu jelas lebih baik jika dibandingkan dengan Scott McTominay dan Fred di United.
Christopher Nkunku – RB Leipzig
Nama bintang muda Perancis ini jelas mencuri tumpuan susulan kejayaan meledakkan 13 gol dalam 19 perlawanan bagi semua saingan terutama hatrik yang dihasilkan ketika berdepan Manchester City bagi aksi Liga Juara-Juara Eropah. Walaupun Leipzig mengalami prestasi terumbang-ambing ketika ini, persembahan Nkunku sentiasa taruhan utama buat pengendali, Jesse Marsch.
Situasi tidak menentu melibatkan kontrak Paul Pogba bersama Manchester United yang bakal menemui penghujung ketika musim panas nanti menambahkan lagi kebarangkalian untuk The Red Devils mencari pengganti dan nama Nkunku dilihat sebagai salah satu alternatif.
Timo Werner – Chelsea
Sejak hadir ke Stamford Bridge dengan tanda harga bernilai GBP47.5 juta pada musim lalu, pemain yang terkenal dengan corak larian pantas sehingga menerima jolokan ‘Turbo Timo’ ini masih bergelut untuk memenuhi tuntutan The Blues walaupun membantu skuad kendalian Thomas Tuchel itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 20-21.
Berdasarkan tempoh yang diraih sewaktu memperkuatkan Leipzig, 34 gol yang dihasilkan ketika musim terakhir di Jerman tampak dijadikan ukuran oleh Rangnick untuk memperbaiki ukuran usia dalam skuad United, lebih-lebih lagi dengan Cristiano Ronaldo yang kini berumur 36 tahun serta Edinson Cavani (34).
Astro Arena
Thu Dec 02 2021
![Jual beli Rangnick Jual beli Rangnick](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638422862_RalfRangnick.jpg)
Rangnick dikenali dengan corak permainan mempertaruhkan tekanan tinggi, memerlukan kerja keras daripada setiap pemain di atas padang serta tidak gemar dengan hantaran ke belakang - Foto Astro ARENA
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735690695_RioFerdinand.jpg)
Rumusan Rangnick tentang Manchester United ternyata benar - Rio Ferdinand
Manchester United memerlukan pembedahan jantung disifatkan Ferdinand sebagai sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
![Tinggalkan United adalah terbaik bagi kedua-dua pihak - Rangnick Tinggalkan United adalah terbaik bagi kedua-dua pihak - Rangnick](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650771655_TBMUEPL.jpg)
Tinggalkan United adalah terbaik bagi kedua-dua pihak - Rangnick
The Red Devils Ahad lalu mengumumkan bahawa Rangnick tidak akan kekal di Old Trafford.
![Pamer aksi terburuk, Rangnick mohon maaf Pamer aksi terburuk, Rangnick mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651974673_RalfRangnick.jpg)
Pamer aksi terburuk, Rangnick mohon maaf
The Red Devils kini telah melepaskan lebih banyak gol liga musim ini (56) berbanding mana-mana kempen EPL yang lain.
![Rangnick tagih Manchester United buat pembelian berkualiti Rangnick tagih Manchester United buat pembelian berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651548967_TBMUEPLWINS.jpg)
Rangnick tagih Manchester United buat pembelian berkualiti
United di kedudukan keenam selepas membelasah Brentford 3-0 dalam perlawanan terakhir di Old Trafford musim ini.
![Ronaldo miliki masa depan di bawah kendalian Ten Hag Ronaldo miliki masa depan di bawah kendalian Ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71651201602_tenhag.jpg)
Ronaldo miliki masa depan di bawah kendalian Ten Hag
Ronaldo memastikan Red Devils tidak mengalami tiga kekalahan berturut-turut EPL buat kali pertama sejak 2015.
![United hampir pasti tidak beraksi dalam UCL - Rangnick United hampir pasti tidak beraksi dalam UCL - Rangnick](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650771655_TBMUEPL.jpg)
United hampir pasti tidak beraksi dalam UCL - Rangnick
Penamat empat teratas sudah kelihatan tidak mungkin untuk Red Devils selepas dimalukan 4-0 oleh Liverpool di Anfield.
![Dibenam Liverpool: Manchester United bukan sekadar memalukan malah mengaibkan - Rangnick Dibenam Liverpool: Manchester United bukan sekadar memalukan malah mengaibkan - Rangnick](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650427610_PremierLeague.jpg)
Dibenam Liverpool: Manchester United bukan sekadar memalukan malah mengaibkan - Rangnick
Ia adalah kali kedua pada 2021-22 kelab dari Merseyside itu menewaskan United selepas menang 5-0 di Old Trafford November lalu.
![United mahu 'lamar' Richarlison United mahu 'lamar' Richarlison](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647922727_BritainSoccerPremi.jpg)
United mahu 'lamar' Richarlison
Kehadiran Richarlison dilihat mampu menyelesaikan ketumpulan jentera serangan skuad The Red Devils yang cukup ketara ketika ini.
![UCL: Ferdinand, Scholes salahkan Rangnick punca United tersingkir UCL: Ferdinand, Scholes salahkan Rangnick punca United tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647406109_RalfRangnick.jpg)
UCL: Ferdinand, Scholes salahkan Rangnick punca United tersingkir
Bagi Ferdinand, perbezaan terbesar di antara kedua-dua pasukan itu adalah kualiti Ralf Rangnick dan Diego Simeone.
![Rangnick akui kendalikan Ronaldo satu cabaran Rangnick akui kendalikan Ronaldo satu cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647148357_TBCristianoRonaldo.jpg)
Rangnick akui kendalikan Ronaldo satu cabaran
Tandukan kencang pemain berusia 37 tahun itu pada minit ke-81 memastikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.