IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin momentum pasukan hoki kebangsaan yang berjaya memenangi Piala Sultan Azlan Shah 2022 pada Khamis akan mampu diteruskan pada Piala Dunia tahun hadapan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau berharap momentum positif skuad Speedy Tigers itu dapat terus melayakkan pasukan itu hingga ke pusingan akhir dalam kejohanan berprestij itu nanti.
“Momentum daripada pusingan kelayakan Piala Dunia sebelum ini dan saya berharap di pusingan akhirnya nanti kita dapat tempat (beri rekod) terbaik.
“Dan jika kita lihat pada persembahan semalam dengan skil yang ditunjukkan itu, tidak mustahil jika kita mampu merangkul kejuaraan dunia tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dekat sini pada Jumaat.
Pada majlis berkenaan, seramai 95 peserta bagi tahun ini menerima pentauliahan berkenaan yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Skuad hoki negara menamatkan kemarau kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah selama 39 tahun setelah berjaya menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi akhir di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Khamis.
Kejayaan ditunjukkan anak-anak buah Arul Selvaraj itu juga menebus kekecewaan skuad Malaysian Tigers yang tewas 1-2 kepada pasukan dari negara Korea Selatan itu pada perlawanan akhir Piala Asia di Jakarta, Jun lalu.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata kejayaan skuad hoki itu telah berjaya membuka mata semua pihak untuk melihat potensi yang dipamerkan barisan pemain.
“Jadi ini satu pencapaian yang amat-amat membanggakan dan saya percaya pasukan ini akan pergi lebih jauh lagi.
“Maka tentunya saya ingin mengalu-alukan penajaan daripada pihak-pihak swasta untuk memberi perhatian kepada sukan hoki ini,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Nov 11 2022
![Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah: KBS yakin momentum diteruskan ke Piala Dunia - Ahmad Faizal Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah: KBS yakin momentum diteruskan ke Piala Dunia - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668165699_HOKIMALAYSIA.jpg)
Skuad hoki negara menamatkan kemarau kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah selama 39 tahun setelah berjaya menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi akhir. - BERNAMA
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah: KBS yakin momentum diteruskan ke Piala Dunia - Ahmad Faizal Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah: KBS yakin momentum diteruskan ke Piala Dunia - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668165699_HOKIMALAYSIA.jpg)
Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah: KBS yakin momentum diteruskan ke Piala Dunia - Ahmad Faizal
KBS yakin momentum pasukan hoki kebangsaan yang berjaya memenangi Piala Sultan Azlan Shah 2022 mampu diteruskan pada Piala Dunia tahun hadapan.
![Hoki: Malaysia bangkit benam Kanada 4-1 Hoki: Malaysia bangkit benam Kanada 4-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61428799657_295x200.jpg)
Hoki: Malaysia bangkit benam Kanada 4-1
Malaysia bangkit daripada kekecewaan dengan menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Kanada 4-1 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah.