IPOH:Pengendali pasukan Perak, Mehmed Durakovic mengakui menjuarai Piala Malaysia musim ini bukan tugas mudah namun ia bukan halangan untuk pemain menampilkan persembahan terbaik dalam merealisasikan sasaran tersebut.
Beliau berkata, jika muncul juara, ia merupakan satu bonus kerana skuad The Bos Gaurus akan meraih slot automatik ke kejohanan Piala AFC yang akan berlangsung pada musim depan.
"Ia sudah pasti bukan satu tugas mudah kerana semua pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia akan cuba bermatian-matian untuk menjuarai kejohanan berprestij ini.
"Saya yakin pemain akan berjuang habis-habisan untuk memastikan kita berjaya menjadi juara dan merebut slot automatik ke Piala AFC. Jika berjaya ia satu kejayaan besar buat kita," katanya pada sidang media di Fitness Life Style, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis skuad The Bos Gaurus mampu menjulang kejuaraan Piala Malaysia sekali gus mengulangi pencapaian sama pada 2018.
Sementara itu, ketua pasukan Shahrul Saad berkata, kejayaan menjuarai Piala Malaysia akan dapat menebus kegagalan dirinya dan rakan sepasukan untuk meraih sasaran muncul naib juara Liga Super selepas tewas di tangan Kedah 3-2 pada 11 Okt lalu.
"Bagaimanapun saya tetap positif dan fokus untuk beri komitmen 100 peratus untuk Piala Malaysia. Saya juga harap semua pemain akan beri tumpuan yang sama, lupakan kekecewaan di Liga Super dan bangkit untuk pamerkan aksi terbaik," katanya.
Mengulas format kalah mati dipertandingkan pada kejohanan kali ini, katanya, ia merupakan cabaran besar dan memberi peluang sama rata kepada semua pasukan untuk menjulang piala berkenaan.
"Nak atau tidak setiap pasukan kena harunginya dan saya harap Perak akan rebut peluang ini untuk muncul juara pada kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020

Mehmed Durakovic mengakui menjuarai Piala Malaysia musim ini bukan tugas mudah namun ia bukan halangan untuk pemain menampilkan persembahan terbaik dalam merealisasikan sasaran tersebut. - Stadium Astro

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Perak FC sahkan penamatan kontrak Mehmed sebagai ketua jurulatih
Penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.

Juarai Piala Malaysia bukan tugas mudah - Durakovic
Jika muncul juara, ia merupakan satu bonus kerana skuad The Bos Gaurus akan meraih slot automatik ke kejohanan Piala AFC yang akan berlangsung pada musim depan.

The Bos Gaurus gembira kembali jalani latihan berkumpulan
Skuad bola sepak Perak kembali menjalani latihan secara berkumpulan buat kali pertama pada Isnin selepas "berehat panjang".

Mehmed kecewa Perak seri di laman sendiri
Beliau berkata Perak sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan mudah jika deretan peluang yang diperoleh berjaya disempurnakan sebagai jaringan oleh jentera serangan.

Perak sahkan tiket ke perlawanan akhir Piala FA 2019
Skuad kendalian Mehmed Durakovic itu menumbangkan Pahang 3-0, selepas tunduk 1-3 pada aksi separuh akhir pertama, di Stadium Darul Makmur pada 22 Jun lalu.

Piala FA: Bonus berganda jika Perak berjaya mara final
Insentif sebagai pemberi semangat kepada skuad 'The Bos Gaurus' dalam usaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua jaringan tanpa bolos pada malam esok bagi melayakkan mereka mara ke peringkat akhir.

Mehmed tidak bimbang Perak gagal raih kemenangan
Beliau berkata saingan liga baru sahaja bermula selain pasukan yang ditentang Perak seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah sebelum ini merupakan antara pasukan pilihan dalam memburu kejuaraan.

Sah! Zac Anderson milik Perak
Pemain kelahiran Australia, Zac Anderson kini sah menyarung jersi pasukan Perak selepas menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).