HANYA makanan segera menjadi bekalan sepanjang tempoh sebulan berlatih di Guangzhou, China ketika tempoh perintah berkurung ekoran pandemik COVID-19 malah penerjun negara, Cheong Jun Hoong hanya ditemani pengendali, Yang Zhuliang, berlatih di kawasan yang dianggap bandar hantu sebelum diarahkan pulang ke Malaysia, Februari lalu.
"Ketika saya berada di China, COVID-19 telah menular dengan agak serius dan Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah menyarankan untuk pulang ke Malaysia.
"Ketika itu, saya berasa selamat dan tidak risau kerana tiada orang yang boleh keluar mahupun masuk di kawasan tersebut dan boleh membenarkan saya berlatih seperti biasa," kata Jun Hoong.
"Ketika saya ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan, keadaan di sana seperti di dalam filem, sangat sunyi dan tiada orang!"
Jun Hoong sempat berlatih di Guangzhou selama sebulan ketika pandemik COVID-19 melanda China dan seluruh dunia.
Dia membuat persiapan rapi menjelang Piala Dunia di Jepun yang sepatutnya diadakan April lalu sebagai peluang terakhir layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
Walaupun berlatih sendirian namun penerjun berusia 30 tahun itu tetap berkeras mahu menamatkan program itu sebelum diarahkan pulang oleh MSN ekoran penularan makin serius.
Jun Hoong tiba di Malaysia 14 Mac lalu.
"Saya mahukan layak ke Sukan Olimpik pada permulaan tahun ini dan ia telah ditangguh ekoran COVID-19. Saya tidak memikirkan perkara lain dan hanya memberikan tumpuan kepada latihan ketika di sana. Berlatih di Malaysia atau luar negara adalah sama kerana kita perlu menyertai kem latihan."
Astro Arena
Mon Sep 14 2020

Walaupun berlatih sendirian, namun Jun Hoong tetap berkeras mahu menamatkan program itu sebelum diarahkan pulang oleh MSN ekoran penularan makin serius. - Foto Astro ARENA
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Jun Hoong hanya dibekalkan makanan segera selama sebulan di bandar hantu
Jun Hoong sempat berlatih di Guangzhou selama sebulan ketika pandemik COVID-19 melanda China dan seluruh dunia.