Pemain badminton perseorangan negara, Cheam June Wei menepati ramalan mara ke pusingan akhir kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 selepas mengenepikan Kodai Naraoka dari Jepun, pada Sabtu.
June Wei mengekalkan rentak kemenangan dengan menewaskan pemain pilihan keempat itu dalam pertarungan sengit, 21-18, 12-21, 21-17, pada pusingan separuh akhir di Dewan 2020 di sini.
Menanti June Wei di final adalah Ren Peng Bo dari China yang terpaksa berhempas pulas menewaskan seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao 15-21, 21-17, 21-9, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
June Wei berusia 22 tahun itu berkata perlawanan menentang pencabarnya Kodai adalah sukar, namun tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang habis-habisan, bagi meraih slot ke final.
"Pada set pertama saya menang, tapi masuk set kedua dia dah tukar strategi lawan. Saya sedikit penat, namun bangkit semula di set ketiga. Bersyukur, boleh ke final," kata June Wei kepada pemberita selepas perlawanan.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad badminton lelaki negara, Datuk Misbun Sidek ketika ditemui berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu yang semakin meningkat dan bijak dalam menyusun strategi perlawanan.
"Persembahan yang dipamerkan June Wei begitu bagus dan baik sekali. Maka sebab itu dia boleh pergi sejauh ini (masuk final). Walaupun dia merupakan 'seasoned player' namun dia dapat susun strategi untuk kalahkan lawan dia (Kodai).
"Kecergasan juga memainkan peranan penting. Satu tahap yang bagus buat June Wei," katanya.
Turut mara ke final adalah pasangan beregu campuran negara, Man Wei Chong-Tan Pearly Koong Le yang akan menentang Dong Wei Jie-Chen Xio Fei dari China, pada Ahad.
Pada aksi separuh akhir Man Wei-Tan Pearly mempamerkan aksi cemerlang apabila mengalahkan pasangan Jepun Kyohei Yamashita-Naru Shinoya 21-18, 21-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 16 2019

June Wei berkata perlawanan menentang pencabarnya adalah sukar, namun tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang habis-habisan, bagi meraih slot ke final. - Gambar fail

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.