KUALA LUMPUR: Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How kagum dengan kekentalan dipamerkan Pearly Tan-M.Thinaah selepas gandingan itu mengharungi empat perlawanan lebih dari sejam, merangkumi aksi 5 jam 54 minit pada Masters Malaysia 2023 yang berakhir semalam.
Beliau berkata semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu meskipun Pearly baharu sahaja pulih daripada jangkitan virus influenza April lepas.
"Sebelum ini dalam kejohanan tak pernah tengok mereka main sampai satu jam 51 minit, latihan lain, pertandingan agak terkejut sebab Pearly pun baru pulih dari flu, tapi boleh bertahan sampai macam ini memang bagus.
"Sebelum ini mereka terpaksa tarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mereka berlatih hanya lima hari sebelum menyertai Piala Sudirman dan terus Masters Malaysia, prestasi bagus," katanya kepada pemberita selepas aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena di sini, semalam.
Di Masters Malaysia, Pearly-Thinaah mencipta sensasi apabila menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 51 minit sebelum mengetepikan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun 21-18, 8-21, 21-19 untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.
Pemenang pingat emas Terbuka Perancis 2022 itu kemudian melangkah ke final selepas membenam lawan dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 21-19, 23-21 dalam masa satu jam 33 minit.
Di pusingan akhir semalam, gandingan itu terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan pertama di laman sendiri selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam 41 minit.
Sementara itu, Thien How berkata dalam memastikan Pearly-Thinaah dapat memantapkan lagi ketajaman serangan mereka, pasangan itu akan membuat sparing bersama beregu lelaki negara sebagai persediaan ke Terbuka Singapura 2023 bulan depan.
"Untuk kecergasan, seminggu ini kita akan kekalkan sahaja, tak boleh paksa, sebab tinggal empat hari sahaja untuk berlatih lepas tu mereka mesti penat jadi kita kekalkan tahap kecergasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Aksi pemain beregu negara Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan ketika menentang pemain Korea Selatan Baek Ha Na dan Lee So Hee pada perlawanan akhir kejohanan Perodua Malaysia Masters 2023. - Foto BERNAMA

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.

Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.

Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024
Rexy Mainaky, kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia.

Soon Huat-Shevon idam gelaran Masters Malaysia sebagai hadiah perkahwinan
Pada pusingan separuh akhir semalam, beregu di ranking ke-18 dunia itu mudah menumpaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Arif-Roy King teruskan aksi cemerlang pada Masters Malaysia
Beregu ranking ke-47 dunia itu berjaya menundukkan pasangan ke-18 dunia dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 14-21, 21-18.

Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.

Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.

Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.

Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.

Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.