KUALA LUMPUR: Juara Sukan Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diharapkan dapat menempah slot lebih awal dalam acara 100 meter (m) T36 (kecacatan fizikal), pada edisi 2024 di Paris, Perancis.
Bagi merealisasikan misi tersebut, jurulatih pecut para negara Hamberi Mahat menyasarkan Mohamad Ridzuan atau lebih dikenali 'Dek Wan', untuk mara ke final dan menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia berlangsung di Paris dari 8 sehingga 17 Julai ini.
"Dek Wan perlu dapatkan empat terbaik di kejohanan dunia nanti, kerana pelari yang berada dalam kedudukan tersebut layak secara automatik ke Sukan Paralimpik 2024.
"Strategi ketika ini ialah bagi memastikan beliau layak awal kerana jika beliau berjaya lakukannya, saya boleh fokus buat persiapan awal untuknya menjelang Paris 2024," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hamberi juga menetapkan sasaran kepada atlet veteran berusia 35 tahun itu, untuk merekodkan 12.20 saat (s) pada kejohanan dunia tersebut.
"Jika Mohamad Ridzuan dapat catat 12.20s, tak mustahil pingat gangsa dalam tangan," katanya.
Sekiranya gagal menepati sasaran di kejohanan dunia itu, Hamberi berkata Mohamad Ridzuan masih berpeluang untuk mengesahkan slot automatik ke Paris 2024, dengan mendapat kedudukan dua teratas pada final di Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China, bermula 22 sehingga 28 Okt ini.
Bagaimanapun, bekas atlet olahraga kebangsaan itu menjangkakan tugas getir menanti anak buahnya, untuk mempertahankan emas dimenangi di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia atau sekurang-kurangnya merangkul perak di China.
Beliau berkata Mohamad Ridzuan dijadual berdepan tentangan sengit dari dua wakil tuan rumah iaitu juara bertahan Sukan Paralimpik Deng Peicheng dan Yang Yifei, yang muncul pelari terpantas Asia tahun ini dengan catatan 11.84s dalam satu kejohanan di Nottwil, Switzerland, Mei lepas.
Sementara itu, jurulatih berusia 45 tahun mengakui Mohamad Ridzuan mengalami kesukaran dalam mengadaptasi teknik latihan dilakukannya, dalam usaha meningkatkan daya pecutan pelari tersebut.
"Saya ada cuba lakukan latihan tanpa blok permulaan yang berupaya meningkatkan kepantasannya namun Dek Wan agak sukar adaptasinya. Sejak bulan Februari lagi kami lakukan video analisis dan kenal pasti masalah ini," katanya.
Justeru, beliau terpaksa mengubah semula corak latihan dan membenarkan Mohamad Ridzuan berlatih dengan blok permulaan memandangkan atlet tersebut lebih selesa dengan situasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Hamberi menyasarkan Mohamad Ridzuan untuk mara ke final dan menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia yang berlangsung di Paris dari 8 sehingga 17 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Jurulatih mahu Ridzuan Puzi 'pecut' lebih awal ke Paris
Juara Sukan Paralimpik 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diharapkan dapat menempah slot lebih awal dalam acara 100 meter (m) T36 (kecacatan fizikal), pada edisi 2024 di Paris, Perancis.

'Ini kejayaan besar yang membanggakan!' - Tun Mahathir ucap tahniah kepada Ridzuan Puzi
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi.

PM ucap tahniah kejayaan atlet para pecah rekod dunia
Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada dua jaguh negara, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly di atas kejayaan mereka mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing.

Ridzuan Puzi terharu sejarah hidup dijadikan filem televisyen
Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Dek Wan, 30, berkata, dia terusik apabila menonton karya tersebut dan tidak menyangka apa yang dipaparkan itu mengembalikan memorinya semula sewaktu kecil dulu.

Naza beri ganjaran kediaman suite, Kia Sportage untuk pemenang pingat emas Paralimpik
Mengeluarkan kenyataan itu dari Rio, Brazil hari ini, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian atlet Paralimpik negara.

Syukur Mohamad Ridzuan mampu banggakan negara - Bapa
Beliau berharap masa depan anaknya itu akan terus bersinar dan sentiasa kuat semangat meneruskan minatnya dalam bidang sukan.

'Saya mahu bawa ibu bapa tunai umrah' - Mohamad Ridzuan
Bintang paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi, menjadi salah seorang penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sempena Sukan Para ASEAN Singapura.