KAD merah Conor Gallagher dalam kemenangan Chelsea ke atas Brighton semalam adalah yang ke-31 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, secara tidak langsung mengatasi koleksi musim lalu.
Hukuman keras ke atas Gallagher pada hujung minggu lalu mengulangi disiplin penyerang Sheffield United, Oli McBurnie, yang terlebih dahulu mengutip kad merah kedua musim ini dalam kekalahan kepada Burnley pada Sabtu lalu.
Tiga puluh pemain secara keseluruhannya telah menerima kad merah sepanjang kempen ini yang menyaksikan 14 kelab telah mengalami satu kes dibuang padang sementara Aston Villa, Brentford, Crystal Palace, Luton, Manchester United dan Newcastle terkecuali.
Liverpool memungut kad merah tertinggi iaitu sebanyak empat kali di sebalik hukuman terhadap Alexis Mac Allister ketika menentang Bournemouth telah dibatalkan atas rayuan.
Virgil van Dijk, Diogo Jota dan Curtis Jones masing-masing menjadi penyumbang kepada rekod buruk ini.
Gallagher menjadi pemain ketiga Chelsea yang dibuang padang musim ini, sekali gus menyertai senarai Malo Gusto dan Reece James untuk sebaris dengan Burnley, Tottenham dan Wolves.
Musim lalu menyaksikan 29 pemain EPL dibuang padang dengan pemain tengah Manchester United, Casemiro, satu-satunya pesalah berulang.
Enam tonggak Wolves yang terdiri daripada Nelson Semedo, Mario Lemina, Jonny, Nathan Collins, Diego Costa dan Matheus Nunes meletakkan kelab itu di kedudukan teratas.
Astro Arena
Tue Dec 05 2023

Conor Gallagher (kiri) menerima kad merah ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Brighton and Hove Albion, di Stadium Stamford Bridge, London, 3 Dis 2023. (Foto AP)
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.

EPL: Salam pengadil punca Slot dilayang kad merah
Pengurus Liverpool, Arne Slot, merupakan salah seorang daripada empat individu yang dibuang padang dalam penamat liar pertembungan 'derby' Merseyside Goodison Park.

EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.

EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes
Derita tuan rumah bertambah parah apabila Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 susulan terjahannya ke atas James Maddison.

Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.

Kad merah penutup nasib malang saya di West Ham - Kalvin Phillips
Dia diarah keluar padang ketika The Hammers tewas 2-0 di City Ground selepas mengumpul dua kad kuning dalam tempoh dua minit 56 saat.

Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Kad merah banjiri EPL musim ini
30 pemain secara keseluruhannya menerima kad merah sepanjang kempen ini yang menyaksikan 14 kelab mengalami satu kes buang padang.

Mbappe pacu kemenangan dramatik PSG
Ketiadaan Donnarumma yang dilayangkan kad merah pada minit ke-10 diganti penjaga gol muda, Arnau Tenas yang melakukan penampilan sulung.

EPL: Penggantungan Van Dijk ditambah berserta denda
Pemain kebangsaan Belanda itu diarahkan keluar padang kerana mengasari Alexander Isak dalam separuh masa pertama.