TINDAKAN disiplin.
Itu reaksi tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, rentetan daripada kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) melunas gaji tertunggak lima bekas pemain mereka mengikut jadual yang telah dipersetujui.
Isu ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM akibat kedegilan KAFA sendiri yang tidak serius dengan tuntutan pembayaran gaji tertunggak melibatkan lima bekas pemain mereka.
Hamidin membayangkan persatuan itu tiada pilihan lain dan isu ini akan dilanjutkan ke Jawatankuasa Tatatertib selepas sambutan Hari Raya, selewat-lewatnya dua minggu dari sekarang.
"KAFA masih belum melangsaikan bayaran keempat untuk bulan Jun, dan pembayaran ansuran harus diselesaikan pada penghujung 30 Julai. Jika mereka gagal melaksanakannya, hukuman menanti mereka," katanya.
Tambah Hamidin lagi, isu ini dianggap selesai andai KAFA berjaya membuat pembayaran dalam masa terdekat atau sebelum isu ini dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.
"KAFA mampu terlepas daripada sebarang tindakan disiplin jika menyelesaikan segala tunggakan mereka terhadap pemain-pemain ini."
Pada Sabtu, Setiausaha Kehormat KAFA, Datuk Ismail Md Noor, mendedahkan kedudukan kewangan KAFA yang tenat sehingga menyukarkan proses pembayaran melibatkan jumlah RM75,179.50, kepada Fitri Omar, Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj, Ahmad Fakri Saarani dan Amar Rohidan.
Astro Arena
Tue Jul 05 2016

HAMIDIN: KAFA mampu terlepas daripada sebarang tindakan disiplin jika menyelesaikan segala tunggakan mereka terhadap pemain-pemain ini.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

KAFA bakal berhadapan dengan tindakan disiplin
Isu ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM akibat kedegilan KAFA sendiri yang tidak serius dengan tuntutan pembayaran gaji tertunggak melibatkan lima bekas pemain mereka.