Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan hutang lapuk persatuan berkenaan berjumlah RM6.2 juta dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun depan.
Jaminan itu disuarakan presiden baharu KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menggantikan pemimpin tertinggi persatuan berkenaan, Bibi Ramjani Ilias Khan, selepas majlis menandatangani satu memorandum perjanjian dengan syarikat swasta, MQ Technology Berhad, pada Jumaat.
Wan Abdul Rahim berkata melalui perjanjian itu, KAFA akan membuat pembayaran secara berperingkat bagi melancarkan proses pelesenan kelab yang perlu diselesaikan sebelum 31 Oktober ini.
"Bayaran pertama akan diselesaikan pada 15 Sept. Kita tidak perlu bayar semua sekali gus dan kita akan lakukan pembayaran seterusnya secara berjadual pada setiap bulan. Kebanyakan pemain dan jurulatih bersetuju dengan proses pembayaran ini," katanya.
Beliau berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga bersetuju untuk membenarkan KAFA membuat pembayaran awal berjumlah RM113,000, dan seterusnya pembayaran berjadual secara bulanan.
Menurut Wan Abdul Rahim, jumlah keseluruhan RM6.2 juta itu melibatkan hutang dan tunggakan terkumpul sejak 1998 melibatkan gaji pemain dan jurulatih serta badan kerajaan seperti LHDN, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Mengenai perancangan skuad Kelantan, Wan Abdul Rahim berkata KAFA berhasrat untuk mencari pemain import dari Cameroon bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu.
"Kita mengharapkan musim 2020 kita masih boleh bermain dalam Liga Premier dan tahun seterusnya kembali ke Liga Super.
"Kelantan mempunyai pemain yang bagus namun kita kekurangan pemain import. Kita berhasrat untuk cari pemain dari Cameroon memandangkan kebanyakan mereka berpengalaman beraksi pada Piala Dunia dan Liga Eropah," katanya.
Sementara itu, sebuah syarikat bagi menguruskan pasukan Kelantan pada musim depan, The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd telah ditubuhkan melalui perjanjian berkenaan, di mana KAFA akan memegang 30 peratus saham syarikat manakala MQ Technology Berhad sebanyak 70 peratus.
Melalui perjanjian dan penubuhan syarikat berkenaan, MQ Technology Berhad akan membuat bayaran sebanyak RM3 juta sebagai modal berbayar kepada TRW Sdn Bhd dan 30 peratus daripada jumlah itu diberikan kepada KAFA sebagai sumbangan ihsan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 30 2019

WAN ABDUL RAHIM: Kita tidak perlu bayar semua sekali gus dan kita akan lakukan pembayaran seterusnya secara berjadual pada setiap bulan. Kebanyakan pemain dan jurulatih bersetuju dengan proses pembayaran ini. -BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan hutang lapuk persatuan berkenaan berjumlah RM6.2 juta dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun depan.

Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.

KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.

Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Pengumuman dibuat menerusi Facebook rasminya, sekali gus membuka peluang untuk ahli gabungan persatuan itu memilih presiden baharu.

Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada EGM persatuan itu untuk memilih peneraju baharu.

'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Saranan Bibi Ramjani Ilias Khan kepada ahli gabungan badan induk itu supaya mengemukakan nama individu yang mampu menggantikannya sebagai presiden baharu.

Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Vida mengakui dirinya hampir muflis sewaktu menaja TRW dahulu kerana banyak dilaburkannya.

Bibi Ramjani sedia letak jawatan
Bibi Ramjani berkata sebelum ini beliau telah berjumpa dengan ahli perniagaan itu, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung persatuan terbabit.

Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan
Bibi Ramjani berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.