Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata perkara itu penting untuk diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang proses perbincangan dan keputusan diambil.
"Kami telah melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan beberapa pemain terbabit untuk mendengar hala tuju serta masalah yang dihadapi mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan beberapa bintang muda Kelantan yang beraksi cemerlang dalam skuad The President Warrior (TPW) dan The Red Warriors (TRW) musim ini menarik perhatian beberapa persatuan yang akan bersaing dalam Liga Super 2018.
Antara pemain yang cuba dipancing ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Ahmad Syihan Azmi Mohamed, Mohd Faris Shah Rosli, Nik Azli Nik Alias dan Mohd Daniel Asyraf Abdullah.
Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata KAFA tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain.
"Namun buat masa ini, saya berharap pemain yang menerima tawaran beraksi dengan persatuan lain dapat memberi fokus terhadap perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United pada 28 Okt depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
"Walaupun mereka mendapat tawaran, namun perjuangan serta tanggungjawab mereka dengan Kelantan masih belum berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017
![KAFA teliti baki kontrak pemain muda - Bibi Ramjani KAFA teliti baki kontrak pemain muda - Bibi Ramjani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506350622_BibiRamjaniIlias.jpg)
Bibi Ramjani berkata KAFA tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain. - Gambar fail
![Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739194644_ElonMuskCFPB.jpg)
Ibu pejabat agensi perlindungan pengguna AS akan ditutup, tiada sebab diberikan
Ibu pejabat Biro Perlindungan Kewangan Pengguna AS (CFPB) di Washington akan ditutup dari Isnin hingga Jumaat.
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020 KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41567181548_WanAbdulRahim.jpg)
KAFA jangka selesai hutang RM6.2 juta pertengahan 2020
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan hutang lapuk persatuan berkenaan berjumlah RM6.2 juta dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun depan.
![Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51514973540_TanSriAbdulRashid.jpg)
Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
![Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468045233_KAFAKelantan.jpg)
Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.
![KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554473024_AfandiHamzah.jpg)
KAFA belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut melalui media sosial yang kini tular.
![Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560771960_TBBIBIjpg.jpg)
Bibi Ramjani letak jawatan Presiden KAFA
Pengumuman dibuat menerusi Facebook rasminya, sekali gus membuka peluang untuk ahli gabungan persatuan itu memilih presiden baharu.
![Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81560772952_TBBIBIjpg.jpg)
Bibi Ramjani sedia letak jawatan secara sukarela
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan secara sukarela untuk memberi laluan kepada EGM persatuan itu untuk memilih peneraju baharu.
!['Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani 'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557791907_TBBIBIjpg.jpg)
'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Saranan Bibi Ramjani Ilias Khan kepada ahli gabungan badan induk itu supaya mengemukakan nama individu yang mampu menggantikannya sebagai presiden baharu.
![Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544428114_TBBIBIjpg.jpg)
Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Vida mengakui dirinya hampir muflis sewaktu menaja TRW dahulu kerana banyak dilaburkannya.
![Bibi Ramjani sedia letak jawatan Bibi Ramjani sedia letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544428114_TBBIBIjpg.jpg)
Bibi Ramjani sedia letak jawatan
Bibi Ramjani berkata sebelum ini beliau telah berjumpa dengan ahli perniagaan itu, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung persatuan terbabit.
![Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544428114_TBBIBIjpg.jpg)
Bibi Ramjani berdiam diri isu letak jawatan
Bibi Ramjani berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.