KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyarankan supaya khidmat kepakaran Institut Sukan Negara (ISN) diperluaskan kepada skuad wanita dan remaja negara dan bukan hanya semata-mata untuk pasukan senior lelaki kebangsaan dalam Program Podium.
Justeru, KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata setakat ini hanya skuad lelaki kebangsaan layak menikmati bantuan penuh daripada ISN di bawah Program Podium manakala skuad kebangsaan wanita dan remaja tidak menerima khidmat badan induk itu.
"Teknologi dalam dunia sains sukan pada masa ini semakin canggih dan kami memerlukan lebih banyak perhatian dan bantuan sokongan sepanjang masa daripada ISN dalam merungkai kesediaan dan potensi skuad negara dalam menghadapi jelajah antarabangsa.
"Apabila pasukan pergi ke luar negara...hanya terdapat kuota empat atau lima petugas sains sukan mengikuti skuad kebangsaan manakala kami memerlukan sekurang-kurang 10 petugas," katanya pada sidang media, di sini, pada Sabtu.
Subahan juga berkata KHM terpaksa menanggung sendiri elaun seperti makanan dan penginapan untuk petugas ISN seperti tukang urut, jurulatih fizikal serta pakar nutrisi, yang berkhidmat untuk pasukan skuad lelaki kebangsaan walaupun mereka juga berjuang demi negara di pentas antarabangsa.
Memandangkan KHM berdepan isu kekurangan petugas ISN yang sering bertukar ganti, beliau berkata mereka terpaksa mengambil langkah melantik dua individu dari luar negara sebagai jurulatih fizikal masing-masing bagi skuad lelaki kebangsaan dan remaja lelaki yang bakal menghadapi saingan Piala Dunia Remaja 2023 dari 5-16 Dis, di sini.
Selain fokus kepada program 'Road to Gold' (RTG), Subahan pada masa sama berharap agar ISN dapat juga memberi tumpuan menyokong atlet lain yang memerlukan bantuan sains sukan khususnya mereka yang menghadapi temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, September, ini, serta kejohanan peringkat dunia lain tahun ini.
RTG merupakan projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik bermula di Paris 2024.
Sementara itu, beliau juga mengharapkan agar ISN diberi peruntukan khas untuk melabur dalam pembelian peralatan latihan berteknologi tinggi seiring dengan kemajuan sains sukan yang menjadi elemen penting kejayaan seseorang atlet atau pasukan dunia ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Subahan Kamal berkata setakat ini hanya skuad lelaki kebangsaan layak menikmati bantuan penuh daripada ISN di bawah Program Podium manakala skuad kebangsaan wanita dan remaja tidak menerima khidmat badan induk itu. - Foto fail/BERNAMA
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.