KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mempertahankan barisan pemainya meskipun pasukan negara kecundang 0-2 kepada Oman dalam perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.
Pengendali dari Korea Selatan itu berpandangan kegagalan pasukannya mempamerkan potensi sebenar dalam perlawanan itu berpunca daripada ketiadaan perlawanan yang kompetitif.
Beliau berkata kekurangan aksi kompetitif memberi kesan kepada prestasi pemain apabila mereka kelihatan tidak cukup mantap di padang, dan perkara ini pastinya akan disesali semua pihak pada masa hadapan apabila ia kelihatan menjejaskan peluang Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia.
"Jangan salahkan sesiapa, pemain boleh melakukan kesilapan disebabkan (berpunca) daripada bagaimana kita membentuk mereka, dalam keadaan sekarang - bila kali terakhir mereka beraksi dalam perlawanan kompetitif? Mereka bukannya mesin. Saya amat terasa apabila pemain buat silap, kerana kita sebenarnya yang membuatkan mereka berada keadaan sedemikian," katanya.
"Mungkin selepas ini kita (pemegang taruh) akan menyesal, kerana bukan pemain yang mencetuskan keadaan ini, (sebaliknya) kita yang menjadikan situasi seperti ini, tiada perlawanan (kompetetif)," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini.
Anak buah Pan Gon jelas kelihatan tidak bersedia sepenuhnya untuk dua perlawanan menentang Oman, apabila tewas 0-2 di Muscat minggu lepas, selepas hanya beraksi dalam perlawanan kompetitif pada kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.
Selain itu pemain jelas sudah lama tidak beraksi di padang kerana liga Malaysia masih belum lagi bermula, sebaliknya liga Oman sedang berlangsung, sekali gus memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.
Kekalahan malam tadi merupakan yang kedua buat Malaysia, sekali gus menyukarkan misi negara untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, manakala Kyrgyzstan yang menundukkan Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam tadi melonjak ke tempat teratas dan berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menduduki tangga kedua, manakala Taiwan di tempat terakhir tanpa sebarang mata.
Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat dalam Piala Asia 2027, manakala dua pasukan tercorot akan bermain di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.
Malaysia akan bertandang ke Bishkek, Kyrgyzstan pada 6 Jun dan menamatkan saingan Kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Sementara itu Pan Gon berkata kecederaan dialami pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad agak serius dan kemungkinan besar akan terlepas saingan Piala Asia B-23 2024 yang bakal berlangsung di Qatar bulan depan.
Jurulatih berumur 54 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai keadaan padang yang menjadi topik hangat kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024

Pengendali dari Korea Selatan itu berpandangan kegagalan pasukannya mempamerkan potensi sebenar dalam perlawanan itu berpunca daripada ketiadaan perlawanan yang kompetitif. - Gambar/ Bernama

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.