KUALA LUMPUR: Lima kali terkandas di separuh akhir dan satu kali tewas di peringkat akhir.
Itu pencapaian beregu nombor satu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik daripada keseluruhan lapan kejohanan disertai tahun ini.
Pencapaian dilakar naib juara Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila, Filipina, Mei lepas itu mungkin pahit untuk ditelan lebih-lebih lagi dengan nasib dialami Aaron-Wooi Yik yang masih lagi kempunan menjulang sebarang gelaran sejak digandingkan pada 2017.
Justeru, Wooi Yik berkata beliau bersama gandingannya perlu lebih berani terutama ketika mereka semakin hampir untuk menamatkan badi tanpa sebarang gelaran selepas sering kali disekat lawan di peringkat separuh akhir.
"Selalunya, pusingan pertama hingga suku akhir tiada masalah bagi kami tapi bila di separuh akhir khususnya lawan gandingan utama, kami kena lebih yakin.
"Saya rasa bukannya kami takut berdepan mereka (gandingan utama) namun ia lebih kepada kepercayaan diri kami seperti nasihat Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia Rexy Mainaky yang mahu kami lebih berani," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelasnya, walaupun Rexy sering menasihati pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu untuk lebih 'garang' di peringkat separuh akhir, Wooi Yik mengakui bukan mudah untuk melakukannya namun berazam untuk terus memperbaiki kelemahan tersebut.
Dalam pada itu, Wooi Yik berkata beliau sama sekali tidak menghiraukan komen negatif yang dilontarkan netizen menerusi media sosial terutama ketika mereka tewas dalam mana-mana pertandingan.
"Saya tidak akan peduli (komen netizen), mungkin nampak (lihat komen) tapi tak masuk dalam hati," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Aksi Wooi Yik dan Aaron Chia ketika menentang pemain Indonesia, Fajar Alfian dan M Ardianto pada perlawanan separuh akhir badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil, 9 Julai lalu. --fotoBERNAMA
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Terbuka India 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara pusingan 16 terbaik
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan bukan pilihan dari Thailand.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Jelajah dunia akhir BWF: Aaron-Wooi Yik raih kemenangan pertama
Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-18, 21-15 dalam tempoh 63 minit.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Masters China: Aaron-Wooi Yik buka langkah kanan di Shenzhen
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula langkah kanan di Masters China 2024 apabila mara ke pusingan kedua.
Masters Jepun: Aaron-Wooi Yik terkandas, Nur Azriyn-Wee Kiong menyinar
Perjalanan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kempen Kumamoto Masters Jepun 2024 terhenti pada pusingan kedua selepas ditewaskan gandingan Taiwan.