N'GOLO Kante mengakui pemain Chelsea tidak bersedia untuk menerima berita bahawa Roman Abramovich mahu menjual kelab itu.
Semalam, hartawan dari Russia itu mengumumkan bahawa dia telah mengambil keputusan paling sukar untuk meletakkan kelab berkenaan dalam pasaran dan akan mendermakan keuntungan bersih penjualannya kepada mangsa perang di Ukraine.
Dalam satu kenyataan, dia berkata proses penjualan itu tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya akan mengikut proses yang sewajarnya selain tidak akan menuntut hutang kelab berkenaan kepadanya.
"Perniagaan atau wang bukan satu persoalan buat saya tetapi ia mengenai semangat murni untuk sukan dan kelab ini," katanya dalam satu kenyataan.
"Ketahuilah bahawa ini adalah satu keputusan yang sangat sukar untuk dibuat dan saya berasa perit untuk berpisah dengan kelab dengan cara ini. Namun, saya percaya ini adalah demi kepentingan kelab."
Sepanjang tempoh membeli kelab yang berpangkalan di London itu sejak Ogos 2003, mereka telah memenangi 19 gelaran utama.
Keputusan Abramovich itu dibuat di tengah-tengah ancaman sekatan terhadap urusan perniagaan Russia dan individu berprofil tinggi berikutan dari Russia sejak negara itu menceroboh Ukraine, minggu lalu.
Pemilik berusia 55 tahun itu pernah bergambar dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, dan walaupun minggu lalu Abramovich menegaskan dia tidak terlibat dalam politik, jurucakapnya pada awal minggu ini mencadangkan kepada Persatuan Akhbar bahawa pemilik itu sedang cuba menyelesaikan konflik kedua-dua negara berkenaan secara aman.
Kante mengakui barisan pemain terkejut mendengar berita itu -- hanya beberapa jam sebelum sepak mula dalam kemenangan Piala FA ke atas Luton semalam.
“Kami tidak bersedia,” katanya kepada Sky Sports.
"Ia berlaku dengan pantas. Tetapi satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan memandangkan kami tidak mengawal perkara seperti ini adalah melakukan dengan terbaik seperti yang sering kami lakukan.
"Iaitu menghasilkan permainan terbaik demi kelab dan peminat. Ini satu-satunya perkara yang kami boleh kawal dan kami mahu melakukannya."
Bercakap mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine, Kante berkata: "Adalah menyedihkan melihat perkara seperti ini dan kami berharap ia dapat selesai secepat mungkin dengan cara yang terbaik."
Astro Arena
Fri Mar 04 2022

Kante ketika beraksi dalam perlawanan UCL pusingan 16 antara Chelsea dan LOSC Lille di Stadium Stamford Bridge, London, 22 Feb, 2022. (Foto AP)
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Benzema cetus impak di Al-Ittihad
Penyerang berusia 35 tahun itu menyertai juara Liga Pro Saudi dengan kontrak tiga tahun selepas menamatkan kariernya di Real Madrid.

Kante sertai Al-Ittihad apabila kontrak bersama Chelsea tamat
N'Golo Kante akan menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, apabila kontrak Chelseanya tamat pada akhir Jun.

Kante ikut jejak Benzema sertai Al Ittihad
Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante hampir bersetuju dengan syarat untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Kante akui pemain tidak duga Chelsea akan dijual
Hartawan Russia itu mengumumkan dia telah mengambil keputusan paling sukar untuk meletakkan kelab berkenaan dalam pasaran.

Pogba sokong Kante menangi Ballon d'Or
Paul Pogba percaya rakan sepasukannya dari Perancis, N'Golo Kante layak menjadi pemenang Ballon d'Or setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Chelsea.

UNL: Pogba 'hirup' nafas segar bersama Perancis
Pogba melengkapkan 90 minit permainan ketika N'Golo Kante menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Portugal dalam perhitungan UNL di Lisbon, semalam.

#AWANIEuropa: Peluang Kante 50-50 untuk diturunkan, kata Sarri
Kante mengalami sedikit kecederaan pada lututnya semasa sesi latihan hujung minggu lalu.

Kante ubah nasib Chelsea, kata Desailly
Pemain tengah itu dilanda masalah hamstring ketika dalam tugasan antarabangsa bersama Perancis sehingga terlepas enam aksi bersama skuad kendalian Antonio Conte.

Liga Perdana Inggeris: Chelsea belasah Manchester United 4-0
Dengan rekod sebagai pengurus paling cemerlang buat Chelsea sebelum ini, Mourinho kembali ke Stamford Bridge dengan menyaksikan kekalahan besar pasukan Manchester United.