KAPTEN Manchester United, Harry Maguire berdepan detik cemas apabila menerima ancaman bom di kediamannya di Cheshire, sekali gus menyaksikan polis tempatan bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan menurut laporan.
Pemain pertahanan The Red Devils itu, yang tinggal bersama tunangnya dan dua anak kecil, menerima ancaman tersebut melalui e-mel, jelas laporan tersebut.
Sementara itu, polis Cheshire mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa mereka menerima panggilan melaporkan terdapat ancaman bom di kawasan Wilmslow sehari selepas skuad kendalian Ralf Rangnick tersebut diaibkan 0-4 Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.
"Tiada pemindahan berlaku, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga seekor anjing unit letupan polis dihantar ke lokasi untuk menjalankan pencarian di taman dan kawasan sekitar," tambah kenyataan itu.
Untuk rekod, Maguire menerima kritikan hebat berikutan persembahan mengecewakan untuk Manchester United dan England sejak kebelakangan ini.
Pemain berusia 29 tahun itu juga sebelum ini diejek segelintir penyokong England semasa The Three Lions pimpinan Gareth Southgate melakar kemenangan 3-0 ke atas Ivory Coast dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley bulan lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Apr 22 2022
Maguire menerima kritikan hebat berikutan persembahan mengecewakan untuk Manchester United dan England sejak kebelakangan ini. - Astro ARENA
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan, terutama di kawasan kerap berlaku kemalangan menerusi Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
Piala FA Inggeris: Manchester United hilang khidmat Harry Maguire
PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire, bakal terlepas perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu ini susulan kecederaan dialaminya.
Piala FA: Manchester United sambut kepulangan Harry Maguire, Luke Shaw dalam skuad utama
Skuad kendalian Erik ten Hag telah mengharungi musim mengecewakan di sebalik berdepan masalah kecederaan.
Ibu Harry Maguire kesal ejekan melampau peminat
Ibu Harry Maguire mengkritik 'penderaan dasyat' terhadap anaknya yang dipercayai telah melampaui bola sepak.
Maguire tak kisah dikritik
Maguire diejek oleh penyokong Scotland dan England ketika kemenangan 3-1 di Hampden Park pada Rabu.
Ten Hag cabar Maguire berjuang demi tempatnya
Sebelum ini, pemain pertahanan itu dilaporkan berada di ambang penyingkiran untuk melengkapkan perpindahan ke West Ham United.
EPL: West Ham setuju dapatkan Harry Maguire, James Ward-Prowse
Maguire ketika ini masih dalam perbincangan dengan United mengenai terma untuk dia meninggalkan Old Trafford.
Man United tolak bidaan GBP20 juta buat Harry Maguire
Sumber menunjukkan dia masih dilihat sebagai berperanan penting dalam skuad dan menegaskan, United tidak memaksanya keluar.
Fernandes ganti Maguire kapten baharu MU
Fernandes menjadi kapten ketika ketiadaan Maguire, yang menghabiskan banyak masa musim lalu di bangku simpanan atau cedera.
Maguire dilucutkan kapten Manchester United
Maguire sebelum ini dinamakan kapten oleh bekas pengendali Ole Gunnar Solskjaer enam bulan selepas ketibaannya di United pada 2019.